Tuesday 16 October 2012

KOLEKSI NOVEL KU

Senarai NOVEL KESAYANGAN ku
  • Kasih Yang Suci 
  • Akulah Cenderella
  • aA+bB
  • Lafazkan Kalimah Cintamu
  • 7 Hari Mencintaiku
  • Terlanjur Mencintaimu
  • Hadirmu Takdirku
  • Dibius Cinta
  • Cinta Kau Dan Aku
  • Doktor Cinta
  • Tuan Rumah Pembantu Rumag
  • Srikandi VS Arjuna
  • Tunas
  • Versus 
  • Cinta Kontrak
  • Pamila Cinta Memanggilku
  • Erti Cinta
  • Kerana Sebuah Janji
  • Gemersik Kalbu
  • Sayangku Merajuk
  • Cinta Perisa Dia
  • Suami Yang Ku Benci
  • Kampung Girls
  •  Love You Mr Arogant
  • Bicara Hati
  • Hikayat Cinta
  • Isteri Separuh Masa
  • Cik Bunga Dan Encik Sombong
  • Cinta Si Ikan Buntal Dan Kambing Liar
  • Galeri Cinta
  • Dear Yaya (hard Cover full version)
  • Rindu Bersulam Duka 
  • Sebenarnya Saya Isteri Dia
  •  Coke And Sundae II
  • Suamiku Encik Perfect 10
  • Projek Memikat Suami
  • Teduhan Kasih
  • Rooftop Rant
  • Takdir Itu Milik Aku
  • I Love U Stupid
  • Hikayat Cinta Si Permata Hati
  • Cik Blur & Encik Ikhlas
  • Anak Teruna Mak Cik Rahimah
  • Bukan Kerana Aku Tak Cinta
  • Kata Tak Suka
  • The Weeding Breaker

Novel REVIEW & SINOPSIS : HIKAYAT CINTA



Pernah bace Novel PRINCE CHARMING tak???? kalo pernah mesti korang tahu kan pasal cerita bertemakan sukan bola sepak tu...superb lah novel tu...tapi hari ni aq nak cerita pasal novel dri penulis yang sama iaitu RATU BULAN tpi tajuk novel itu adalah HIKAYAT CINTA...masih kekal kan element kesukanan dalam novel itu tapi pasal budak-budang BOLA KERANJANG. Nak thu kenapa aq ckp best sbb nya jom bace review dri aq (sebenarnya dah lama dah bace nvel ni,tpi maklum lah x sempat nak review lah hari bru berkesempatan.....hehehe)


Merupakan kisah cinta Apy Elina seorang jurulatih bolakeranjang dengan pemainnya sendiri Adam Alexender. Bukan sekadar cinta tapi ini cerita cinta ada kelainan nya. Apy Elina mempunyai misi untuk menjadikannya The Lagend satu pasukan yang mantap dia terlebih dahulu perlu mendundukkan kapten kumpulan The Lagend iaitu ADAM ALEXENDER. Pelbagai kisah lucu antara Apy Alina dan Alex yg terjadi semasa untuk menundukkan si Alex ini. Antaranya,menyuruh Alex makan nasi (masa ni semua ahli the legend terkejut tgk Alex makan nasi...hahaha ...lps tu dia muntah kan balik.) dan yang aq tak leh lupa bia si Alex ni gelar Apy MAKCIK sbb Apy tua 5 tahun dri dia..Alex ada kwn baik nama dia Azwan juga salah seorang geng The Legend yang memahami si Alex ni n latar belakang Alex sampai semua student dekata Universiti The Legend kata diowng ni gay...hahaha...Tpi diowng x kisah n nak thu gelaran tu lekat pada semua pemain disebab kan mereka x nak di buru peminat2 wanita (al-maklumlah diowngkan hensem...hohohoh).Setiapa kali abis waktu traning atau tempat diowng lepak mesti lah kat KELAB kan tapi kelab diowng lain ckit perempuan tidak dibenarkan datang sebab KELAB tu KELAB GAY...giler x diowng boleh kan nama kelab tu mcm tu (kalo nakthu apa tu kelab gay kenalh dpt kan novel ni...). Danial jejaka yg tak kurang hebat gak dalam bola keranjang merupakan kawan baik Apy n Apy suka kan dia dan Danial lah yang bagi Buku HIKAYAT CINTA pada Apy.Danial merupakan tmpt rujukan Apy untuk handle budak2 The Legend (tapi sedih giler waktu Danial Meninggal....sbb apa???kena lah baca).Cerita ni panjg lagi sebenarnya tpi saya stop sampai sini jelah ....kalo korang nak thu cerita selanjutnya kenalah dapatkan novel ni ok....

*Banyak lagi kejutan yang akan berlaku sebenarnya kalo bace novel ni
*Kalo nak kasi bintang saya kasi semua bintang
*Rugi sapa yang tak bace novel ini
*Banyak lagi watak2 penting x saya sebut dalam ni
*Contohnya Melissa, Joker,n ramai lagi lah..nak thu sapa mereka kena bace lah...

SINOPSIS BELAKANG NOVEL


Apy Elina, wanita yang menyimpan cita-cita tinggi untuk memimpin pasukan bola keranjang suatu hari nanti. Apabila cita-citanya itu direstui oleh ibunya, dia mengambil keputusan nekad untuk berhijrah ke Kuala Lumpur. Akan tetapi, terdapat halangan yang perlu ditempuhi.

“Aku tak sangka, nak cari kerja lebih susah daripada cari calon suami. Dan aku tak tahu apa kena-mengena dengan umur 25 tahun dengan kerja yang ditawarkan. Mungkin aku berusia 25 tahun, tapi itu tak bermakna aku dah tua. Angka tak bermakna apa-apa!

Orang kata, jikalau ada usaha, di situ akan ada jalan. Akhirnya, dalam masa yang singkat, Apy Elina berjaya mencapai apa yang dihajati apabila The Legend menawarkan jawatan jurulatih kepadanya. Dia sangka, cerah sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Kemunculan Adam Alexander dalam hidupnya benar-benar menguji kebolehannya memimpin The Legend.

“Mak cik, aku tak perlukan nasihat kau. Tak ada apa yang boleh halang aku daripada terus main bola keranjang.”
Demi cita-citanya, dia perlu jinakkan Adam Alexander, walaupun dipanggil mak cik. Misinya tidak semudah yang disangka apabila Adam Alexander mewujudkan tembok yang tinggi, yang sukar untuk dipecahkan dari luar. Bermula pada itu, dia mula mengenali lelaki itu secara dekat dan tanpa disedari lelaki itu berjaya mencuri hatinya. Antara cita-cita dan cinta, manakah yang menjadi pilihannya? Dan, mungkinkah Adakah Adam Alexander membalas cinta mak cik sepertinya?