Mengisahkan tentang liku-liku perjalanan hidup yang dilalui oleh seorang wanita bernama Puteri Nur Umairah Dato Amir. Puteri sulung kepada seorang jutawan dan usahawan terkenal iaitu Dato’ Amir yang juga pemilik syarikat perkapalan terkemuka negara, Garuda Global.
Ibunya Datin Sumaiyyah meninggal dunia ketika melahirkan adiknya, Puteri Nur Sabrina. Umairah dan Sabrina dibesarkan oleh papa mereka, Dato’ Amir dan pembantu rumah mereka yang dikenali sebagai Tokma .
Perlakuan dan sifat Umairah dan Sabrina ketara berbeza. Umairah gadis yang lemah lembut dan bersopan santun serta penyabar. Manakala Sabrina pula kasar perlakuannya, suka memberontak dan lebih agresif. Namun dia sangat rapat dan sayangkan kakaknya.
Umairah sabar dan tabah dalam menghadapi pelbagai ujian. Bagaimana dia mencari kebenaran diatas apa yang terjadi pada adiknya Puteri Nur Sabrina. Bagaimana dia bangkit dari kekecewaan apabila melihat cinta hatinya Adam berkahwin dengan orang lain. Malah dirinya sendiri telah dijodohkan dengan orang kepercayaan ayahnya iaitu Shahrizal. Siapakah Shahrizal ni sebenarnya?