Friday 31 May 2013

Review Novel Anak Teruna Mak Cik Rahimah


-ANAK TERUNA MAK CIK RAHIMAH of course lah Arm Waseem seorang doktor di salah sebuah hospital yang bertugas di Unit Trauma-


-Ain Zahra Engineers yang sibuk membaiki segala alat-alatan hospital-


Kisah mereka bermula apabila Ain yang kabut kerana mengejar masa untuk menghantar kerja secara tidak sengaja telah berlanggar dengan seorang doktor yang ketika itu sedang memegang secawan kopi (apa lagi tumpah lah air tu)…Sejak “kemalangan” itu terjadi, setiap minggu mereka sering bertemu secara tidak sengaja sehinggalah Waseem memberikan baju nya untuk Ain basuh (punyalah x nak orang tahu dia basuh baju lelaki pada keluarga terutamanya Along yang of course lah akan kenakan dia kaw-kaw lagi, siap hidai dalam bilik lagi..hahahaha tapi kantoi gak..nak tahu macam mana kena baca lah..). Waseem gelar Ain Cik Tool Bag, Ain gelar Waseem Encik Kopi sebab diorang tak pernah tahu nama antara satu sama lain sehinggalah waktu camping yang diadakan oleh kakitangan hospital..Kat sini lah diorang mula tahu nama masing-masing sebabnya satu kumpulan tapi tetap tak sebulu…..

      Cerita ni semakin menarik bila Waseem ni rupa-rupanya satu sekolah dengan abang Ain (Si Along)..Apa lagi,lagi kuat dia mengenakan si Ain ni, sampai nak cerita kan Waseem apa jadi masa Ain basuh baju Waseem tapi x dapat lah sebab…Ain ugut nak calarkan kereta Along kalau dia bukak mulut pada Waseem…

      Ok sekarang nak cerita macam mana Ain boleh berjumpa dengan Mak Cik Rahimah…Ain jumpa Mak Cik Rahimah masa di Mekah (Ain sekeluarga ke Mekah atas tajaan ALONG dia…)..Ain tolong Mak Cik Rahimah yang hampir jatuh ketika itu…so berkenalan lah mereka…Kat Mekah juga Mak Cik Rahimah ni ,merisik Ain untuk anak terunanya….(Ain tak tahu nak cakap apa, dia terkejut dan yang pasti dia tak kenal pun sapa yang akan jadi tunangnya, balik Malaysia baru lah mereka bertemu..(Masa Ain di jemput untuk pergi ke rumah “tunangnya” dia rasa takut tapi pergi jugak lah Along yang hantar, Ain punyalah excited nak tahu sapa anak teruna Mak Cik Rahimah ni sampai salah orang…hahahaha nak tahu baca ok..)….

     Pendek kan cerita diorang pun berkahwin lah…kahwin tanpa cinta tapi Waseem jatuh cinta pada Ain dan meluahkan rasa cinta nya….tapi Ain dia takut…akibat kisah silam (macam biasa baca lah kalo nak tahu kenapa….Solute pada Waseem tidak pernah memaksa Ain cintakan dia…dia sabar menanti….
Tapi saat pintu hati Ain telah terbuka luas untuk Waseem sesuatu tidak terjangka terjadi pada Waseem yang ketika itu bertugas sebagai sukarelawan di Kemboja telah hilang akibat ….(Nak tahu apa jadi pada Waseem dan bagaimana cara Ain terus-menerus menunggu dan mencari suaminya dapatkan novel ni pasaran….)

No comments:

Post a Comment