Kesinambungan daripada novel andai itu takdirnya...Andai itu takdirnya (2),mengesahkan tentang kehidupan bahagia yang dibina oleh Syed Adam Aizril dan Aleya selepas 8 tahun berumah tangga bersama anak-anak mereka Dania, Darwin dan Dany. Kehidupan mereka diuji apabila Syed Aizril yang membuat satu pelaburan emas tetapi telah ditipu, oleh Faizal.Syed Aizril telah ditipu sebanyak 1 juta dan menjadi lagi masalah apabila dia menggunakan wang syarikat untuk pelaburan itu. Tan Sri Syed Abbas mendapat tahu tentang perkara tersebut dan sangat marah sehingga berlaku pertelingkahan antara mereka. Syed Aizril berjanji ingin membayar balik wang tersebut tanpa mempedulikan nasihat ayahnya.....Bermula episod dimana Syed Aizril menjunjung ego nya,dia menjual segala harta benda untuk melangsaikan wang tersebut, walhal Tan Sri Syed Abbas tidak pernah memintanya. Daripada tinggal dirumah besar mereka tinggal di sebuah flat yang disewa oleh Syed Aizril.Kehidupan yang serba kekurangan membuatkan Syed Aizril tidak betah sehinggalah Datin Sri Rosnah iaitu mak usu kepada Aizril datang dengan memberi wang untuk Aizril membina sebuah syarikat baru dan membuktikan dirinya hebat pada ayahnya tanpa disedari mak usu nya masih berdendam dengan Aleya atas kematian anaknya Syarifah Emilin. Dengan menggunakan Sharifah Azreen untuk menghancurkan rumah tangga Syed Aizril, Datin Sri Rosnah telah memujuk Syed Aizril untuk menerima Sharifah Azreen dalam hidupnya setealah Syed Aizril menceritakan tentang kehidupannya bersama Aleya tidak bahagia seperti dulu apatah lagi Aleya sedang mengandung tetapi anak itu tidak diterima oleh Syed Aizril malh dia juga meminta supaya kandungan itu digugurkan oleh Aleya tetapi Aleya mempertahankan anak itu. Penderitaan Aleya bermula apabila Syed Aizril mengambil keputusan untuk bertunang dengan Sharifah Azreen tetapi keluarga Sharifah Azreen tidak mahu anaknya dimadu, Syed Aizril sanggup membuang isterinya yang sarat mengandung ketika itu, lebih pedih apabila Aleya tidak dapat menjenguk anak-anaknya kerana dilarang oleh Syed Aizril.....Sehingga satu hari apabila Aleya mendapat tahu perbuatan Syed Aizril yang menghukum anak-anaknya hingga menyebabkan salah seorang anaknya meninggal dunia....Kematian salah seorang anaknya menyedarkan Syed Aizril bermula lah episode menelan balik segala perbuatanmya terhadap Aleya dan anak-anaknya.
p/s : nak cerita panjang lagi tpi rasanya cukup sampai sini saja nak tahu sama ad Aleya terima Syed Aizril balik atau tak selepas 1 tahun berpisah boleh dapat kan novel ni.....keletah anak-anak mereka pun best terutamanya Syed Dany. Dan Kalau nak tengok SYED AIZRIL kembali pada sikap macam andai itu takdirnya baca lah novel ni..
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
ReplyDeleteJika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)