Thursday 29 December 2016

REVIEW NOVEL ROOFTOP (FARRAH IZZLORNA)



Assalamualikum, semua ok kali ni nak review novel pulak. Jom tengok review kita yang tak seberapa ni…hihihihihihi..


“Kebaikan juga boleh membunuh”… Kata K .

Kisah K dan Aya .. Pertemuan pertama mereka di ROOFTOP…. dan pertemuan itu membawa pada satu persahabatan kerana kata K hanya Aya yang dapat melihat dirinya dan K kata dia roh yang akan mendampingi Aya …… Semakin Aya takut dengannya semakin seronok K mengusik sampaikan Aya terbiasa dengan kehadiran K…Mana Ada Aya situ ada K….. Di kolej, rumah sewa, rumah dia dan atas moto…semua ada K…
Aya ingin menjadi seorang penulis dan dia selalu rujuk K untuk membantu menghasilkan karya yang boleh diterima pihak penerbit.. (Nak tahu kenapa Aya rujuk kepada K kena lah baca ..hehehe)..Akhirnya novel yang dihasilkan berjaya diterima dan diterbit, Aya kata novel ini khas untuk seseorang yang dia suka iaitu Fikri…Tapi K tak suka Fikri dan dia cemburu sebenarnya…..
Satu kejadian telah membuatkan Aya putus asa terhadap Fikri , dimana dengan mata dia sendiri Fikri telah melamar teman wanitanya, Calsey diluar negara…Semasa pulang menghantar hadiah perkahwinan ke rumah Fikri, K yang secara tidak sengaja terpandang kenderaan yang dinaiki oleh Fikri dan memberitahu Aya, terlihat sesuatu yang tidak kena pada Fikri ....apalagi terus Aya ni follow kereta itu sampai ke sebuah rumah banglo yang terbiar.. Aya nak masuk tetapi dihalang oleh K…tetapi lepas apa yang K nampak dia meminta Aya hubungi pihak polis namun tidak sempat apabila Aya juga ditangkap.
Kenapa Calsey culik Fikri kekasih dia sendiri kena baca lah…hehe…sambaung sikit lagi… Fikri dan Aya cuba untuk melepaskan ikatan dan melarikan diri namun ianya di sedari oleh Calsey dan berlakulah kejar-mengejar, dan satu tembakan yang mengenai Fikri.. Fikri suruh Aya lari namun belum sempat Aya lari kolarnya telah ditarik menyebabkan dia hilang keseimbangan badan lalu jatuh tangga….K dia cuba untuk menangkap namun gagal dan Aya dapat melihat roh K terus hilang…Dan Aya tidak bertemu lagi dengan K meskipun dia telah sedar daripada kejadian yang menimpa dia…


Ada rindu Aya buat K… kemana K menghilang? Dapat tidak Aya jumpa K? Apa jadi pada Fikri, Calsey…oo ada seorang lagi yang boleh nampak K iaitu Abang Aya, Adrian...Panjang lagi kisah diorang ni kena beli dan baca sendiri baru ada feel…hehehe…Sampai sini dulu kita riview ok…selamat malam..

Cerita lain daripada yang lain, bukan cerita klise…. boleh dihadam ketika membaca….Gaya penulisan yang santai….Ketika membaca akan terungkai satu demi satu rahsia yang disimpan oleh K. Rahsia apa? Apa Maksud K bila dia kata Kebaikan juga boleh membunuh….nak tahu dapat kan segera dipasaran atau di Prolog Med..
Tahniah kepada penulis dan pihak penerbit kerana berjaya menghasikan cerita sebegini…saya suka..saya suka…

No comments:

Post a Comment