Kisah percintaan antara ABID BAKTHIAR dan WANGI NUR JANNAH, mereka bercinta daripada zaman sekolah menengah namun terpisah selepas habis peperiksaan menengah rendah (PMR). Mereka berjanji untuk bertemu semula pada tarikh dan tempat yang sama mereka berpisah selepas 15 tahun. Berjaya atau tidak mereka berjumpa? Apakah yang terjadi apabila mereka bersua muka? Adakah Wangi yang Abid kenal sama macam 15 tahun yang lalu? Apakah yang terjadi pada Wangi setelah ketiadaan Abid? Masih setiakah mereka selepas berpisah berbelas-belas tahun?. Semua persoalan diatas akan terjawab didalam naskah setebal 476 muka surat ini.
ABID BAKHTIAR, watak yang aku
suka, bukan aku seorang jer yang suka ramai yang suka..heheh. Lelaki yang
pegang pada janji nya, Sanggup mengorbankan perasaan sendiri semata-mata ingin
menunaikan permintaan orang yang dia
sayang iaitu Ummi Mei Ling (nak tahu apa Abid yang Abid lakukan beli dan baca
sendiri tau baru puas…hihihi). Kalau korang baca dan mengenali watak Abid ini,
mesti korang akan tertanya-tanya adakah lelaki sebaik Abid ini dalam dunia
sebenar? Jawapan saya, Ya ada tapi LELAKI mungkin 1 dalam seribu, 10 dalam
sejuta. Banyak yang Abid lakukan untuk dapatkan WANGI nya kembali. Kalau nak
tahu apa yang Abid ni lakukan pada Wangi kena lah dapatkan naskah ini
yer..pasti jumpa jawapannya. Ummi Mei Ling dan Lee Wang Lei antara watak yang
baik. Lee Wang Lei ni walaupun ketua gangster tapi dia masih hormat terhadap
Abid dan adiknya Ummi Mei Ling.
PUTERI KISS TINA aka KISS aka
PRIENCESS watak dia ni memang minta penampar plus maki, tak ada satu pun
perkara yang baik ada pada Kiss ni. Daripada sekolah hingga lah dewasa masalah
yang Kiss buat ni mesti ada kaitan dengan Wangi. DENDAM Kiss pada wangi
akhirnya makan dirisendiri. (apa jadi pada Kiss? Jawapannya ada dalam naskah
cinta sampai mati ini). EDIKA watak ni pun sama jahat sangat sampai nak jer
bagi terajang kat Edika ni, dah lah rosak kan Wangi,pukul Wangi dan macam-macam
yang kejam yang dia ni lakukannya terhadap Wangi, sampaikan Wangi nak keluar
rumah pun Wangi takut sebab Edika pasti akan marah.
Keseluruhan cerita ini,
semestilah best. Cover novel ini hitam, ada maksudnya rupanya ,bagaimana
hitamnya perjalanan seorang WANGI NUR ANNAH sebelum mencapai kebahagiaan. Plot-plot
daripada zaman mereka sekolah, zaman mereka berpisah, janji yang mereka buat,
apa yang terjadi selepas mereka berpisah sampai lah kemuncak cerita ini disusun
dengan kemas.Kata penulis iaitu SUCI HIDAYAT aka KAK D, cerita ini 70% adalah
benar, Ya watak-watak seperti Wangi, Abid ini memang wujud. Jika nak tahu
kemuncak cerita ini, anda perlu dapatkan segera sebelum kehabisan stok.
4.9* untuk novel ini, mana lagi
0.1* hilang sebab cerita ini sedih daripada awal sampai lah sebelum kemuncak
baru boleh senyum…hehehe. Baca novel ni emosi sedih tu tinggi tau wajah tak
payah cakap lah serius jer baca novel ni. GOOD JOB KAK D, kita nak tunggu novel
TUAN ILOVE YOU pulak ini confirm menyengih jer…hehehe .
No comments:
Post a Comment