CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

PEMINAT NOVEL

Tuesday 25 July 2017

REVIEW NOVEL CINTA SAMPAI MATI –(ABIDWANGI)_




Kisah percintaan antara ABID BAKTHIAR dan WANGI NUR JANNAH, mereka bercinta daripada zaman sekolah menengah namun terpisah selepas habis peperiksaan menengah rendah (PMR). Mereka berjanji untuk bertemu semula pada tarikh dan tempat yang sama mereka berpisah selepas 15 tahun. Berjaya atau tidak mereka berjumpa? Apakah yang terjadi apabila mereka bersua muka? Adakah Wangi yang Abid kenal sama macam 15 tahun yang lalu? Apakah yang terjadi pada Wangi setelah ketiadaan Abid? Masih setiakah mereka selepas berpisah berbelas-belas tahun?. Semua persoalan diatas akan terjawab didalam naskah setebal 476 muka surat ini.

                ABID BAKHTIAR, watak yang aku suka, bukan aku seorang jer yang suka ramai yang suka..heheh. Lelaki yang pegang pada janji nya, Sanggup mengorbankan perasaan sendiri semata-mata ingin menunaikan permintaan orang  yang dia sayang iaitu Ummi Mei Ling (nak tahu apa Abid yang Abid lakukan beli dan baca sendiri tau baru puas…hihihi). Kalau korang baca dan mengenali watak Abid ini, mesti korang akan tertanya-tanya adakah lelaki sebaik Abid ini dalam dunia sebenar? Jawapan saya, Ya ada tapi LELAKI mungkin 1 dalam seribu, 10 dalam sejuta. Banyak yang Abid lakukan untuk dapatkan WANGI nya kembali. Kalau nak tahu apa yang Abid ni lakukan pada Wangi kena lah dapatkan naskah ini yer..pasti jumpa jawapannya. Ummi Mei Ling dan Lee Wang Lei antara watak yang baik. Lee Wang Lei ni walaupun ketua gangster tapi dia masih hormat terhadap Abid dan adiknya Ummi Mei Ling.

                PUTERI KISS TINA aka KISS aka PRIENCESS watak dia ni memang minta penampar plus maki, tak ada satu pun perkara yang baik ada pada Kiss ni. Daripada sekolah hingga lah dewasa masalah yang Kiss buat ni mesti ada kaitan dengan Wangi. DENDAM Kiss pada wangi akhirnya makan dirisendiri. (apa jadi pada Kiss? Jawapannya ada dalam naskah cinta sampai mati ini). EDIKA watak ni pun sama jahat sangat sampai nak jer bagi terajang kat Edika ni, dah lah rosak kan Wangi,pukul Wangi dan macam-macam yang kejam yang dia ni lakukannya terhadap Wangi, sampaikan Wangi nak keluar rumah pun Wangi takut sebab Edika pasti akan marah.

                Keseluruhan cerita ini, semestilah best. Cover novel ini hitam, ada maksudnya rupanya ,bagaimana hitamnya perjalanan seorang WANGI NUR ANNAH sebelum mencapai kebahagiaan. Plot-plot daripada zaman mereka sekolah, zaman mereka berpisah, janji yang mereka buat, apa yang terjadi selepas mereka berpisah sampai lah kemuncak cerita ini disusun dengan kemas.Kata penulis iaitu SUCI HIDAYAT aka KAK D, cerita ini 70% adalah benar, Ya watak-watak seperti Wangi, Abid ini memang wujud. Jika nak tahu kemuncak cerita ini, anda perlu dapatkan segera sebelum kehabisan stok.

                4.9* untuk novel ini, mana lagi 0.1* hilang sebab cerita ini sedih daripada awal sampai lah sebelum kemuncak baru boleh senyum…hehehe. Baca novel ni emosi sedih tu tinggi tau wajah tak payah cakap lah serius jer baca novel ni. GOOD JOB KAK D, kita nak tunggu novel TUAN ILOVE YOU pulak ini confirm menyengih jer…hehehe .

No comments:

Post a Comment

Teman Membaca