CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

PEMINAT NOVEL

Friday 30 December 2016

REVIEW NOVEL CIK MAR-GI-NA .. Kassim Baba.. (PENA KAYU)


Assalamualikum semua… Hari ni nak review novel CIK MAR-GI-NA.. sebenarnya dah lama habis baca novel ni tapi baru hari ni dapat review.. sebenarnya novel ni kita dapat sebab join contest Puan penulis iaitu Pena Kayu sendiri.

Kesinambungan daripada cerpen lelaki melayu jawa portugis dalam Limited Edition Bicara Cinta (idea kretif). Kisah Hardimin Jose aka Har anak Pak Ngah dan Cik Mar-Gi-Na.
Har anak Pak Ngah mahu berkahwin dengan Margina, tapi ditentang sendiri oleh Margina… Bermacam-macam cara Har ni nak Margina setuju kahwin dengan dia…bila lamaran nya di tolak mula lah komplot antara Har anak Pak Ngah dengan satu-satu adik Margina Benjamin Fahmy...
Fattah, ni watak memang aku geram…. Fattah kawan Margina tapi dia anggap Margina kekasih dia pulak..Habis semua dia nak control Margina ni..Margina nak kerja dia minta kerja kat syarikat Fahmy alih-alih nak kasi jawatan tinggi kat Margina memang tak lah Margina nak setuju..dia nak kerja berdasarkan kelayakan dia, puas pujuk Fattah akhirnya Margina dapat kerja sebagaiman kelayakannya.
Ada satu babak dimana Fattah Ajak Margina ke Singapura ….Tanpa Margina tahu adik dian dengan Har anak Pak Ngah pun pergi juga sebab diorang termasuk lah keluarga Margina tak suka si Fahmy….apa jadi dan macam mana mereka berempat bertembung kena baca sendiri tau….Lepas balik Singapura Fattah hantar rombongan meminamg ke reumah Margina tetapi di tolak Margina, apalagi mengamuk lah si Fattah ni…
Akhirnya Margina setuju untuk berkahwin dengan Har anak Pak Ngah..dua-dua sepakat untuk nenda Har iaitu ayah tiri Margina Encik Adenan diterima semula dalam keluarganya (Encik Adenan dibuang keluarga sebab berkahwin dengan Mak kandung Margina.).


LIA, watak dia ni sepupu Har anak Pak Ngah dan dia ni memang tergila-gila kan Har, sampai sanggup untuk bunuh diri tapi dia makan ubat tidur tu Fattah yang suruh sebenarnya (Nak tahu macam mana Lia kenal Fattah carilah novel ini..)….
Kehidupan lepas kahwin mereka walaupun mereka tak cinta tapi mereka belajar untuk terima antara satu sama lain hingga cinta itu hadir. Pengakhiran cerita ni sedih… tak guna punya Fattah sanggup buat macam tu kat Har…Ok sampai sini dulu review kita..

Cerita yang boleh buat kita tersenyum bila Margina dan Har anak Pak Ngah sering berlawan cakap, gelak pun ada gak…cerita yang ada pelbagai rasa, marah. Sedih, ketawa, geram dan sakit hati… Apa berlaku pada Har anak Pak Ngah? Tu kena cari novel ni k… ooo hanya online yer  novel ni.. Tahniah Pena Kayu… anda berjaya buatkan saya baca tak berhenti…ooo.. nak YAYA….please…hehehe.

Teman Membaca