Sabah/Sarawak : RM27
SINOPSIS
“Kalau aku suruh kau terjun dalam kolam tu, kau nak terjun?”
“Untuk buktikan cinta Mas kat abang… terjun kolam pun Mas sanggup. Okey! Mas terjun! Tapi untuk pengetahuan abang... Mas tak tahu berenang!”
“Mastura!!!!!!!”
JEBAT. Seorang lelaki yang katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina dari jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya.
Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati telah menarik perhatian Mastura, adik ipar kepada majikannya Uwais. Pelbagai cara digunakan oleh gadis itu untuk menarik perhatiannya hingga Jebat naik rimas dan lemas. Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak juga berputus asa. Dia tidak pernah menyangka gadis cantik,kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang tidak begitu tampan kerana mempunyai parut di bahagian matanya. Mereka umpama The Beauty and The Beast.
“Kau tak malu ke nak bersuamikan lelaki yang tak ada apa-apa?”
“Nak malu apa? Bagi Mas, abanglah yang paling handsome. Bagus juga parut tu… Tak adalah perempuan lain nak rebut abang daripada Mas, kan? Biar Mas sorang aja yang tahu menilai betapa kacaknya abang di pandangan Mas.”
Namun mampukah rumah tangga yang dibina bertahan?
Masih adakah cinta dan kesetiaan dalam hati Mastura apabila mengetahui rahsia sebenar yang Jebat ialah bekas ketua kumpulan gengster!
Sementelah pula lelaki dengan sejarah hitam sebegitu bukanlah suami impiannya.
REVIEW
Kisah Mastura yang tergila-gilakan Si Jebat yang juga
merupakan pekerja abang iparnya iaitu Uwais…Pelbagai cara digunakan untuk
Mastura ni pikat Jebat tau (kalo nak tahu beli dan baca ok, paling tak boleh
blah Mastura sanggup terjun kolam semata-mata nak buktikan kepada Jebat yang
dia betul-betul cintakan Jebat)…huhuhuhu…namun Jebat langsung tidak tertarik
pada Mastura pada awal nya kerana Jebat sedar siapa dirinya sebenar…(Ok Jebat
ni dulu Ketua Gengstar tau sebab tu lah dia ni tolak terus cinta Mastura dan
hanya Uwais, Wahab dan Ustaz Hafiz je yang tahu kisah silam Jebat ni) ,Tapi
lama-lama Fall in love juga dekat Mastura…hahahaha….Dalam novel ni muncul watak
baru iaitu Aryan (Cif Insp. kerek) aka adik kepada Fawaz sepupu dia lah
kiranya). Keadaan jadi haru-biru apabila
Tok Ayah mahu Mastura berkahwin
dengan Aryan namun Mastura tidak bersetuju dengan cadangan Tok Ayahnya itu,
sebab Mastura kata di akan kahwin tetapi hanya dengan abang Jebat saja. Haaaa
kat sini lah bermulanya Mastura
lancarkan mogok lapar sampai pengsan sebab tak nak kahwin dengan Si Aryan
sampai masuk hospital tau…..ok dipendekan cerita dengan bantuan kakak Mastura
iaitu Hannah dan jugak Uwais akhirnya Tok Ayah bersetuju untuk nikahkan Mastura
dengan Jebat….
Kehadiran sepupu-sepupu Jebat,
Tiger (Eric Foo), Airen (Damia) pada waktu majlis perkahwinan Jebat
mendatangkan kegelisahan di hati Jebat,pelbagai persoalan yang bermain dalam
fikiran Jebat….(Masa ni Jebat rasa tak senang duduk kalau Mastura dekat dengan
Airen,sampai nak berborak pun Si Jebat tak kasi)…sampaikan keesokan harinya Jebat buat keputusan untuk bawa Mastura
tinggal di Kotej supaya jauh dari Tiger dan Airen………
Tak
habis kes dengan sepupu-sepupunya( Tiger dan Airen) dia terpaksa pula berdepan
dengan cif insp. Kerek pulak siapa lagi kalau bukan Aryan yang tak berpuas hati
dengan Jebat (habis semua latar belakang si Jebat dia siasat sampai semua asset
dalam dan luar negara milik Jebat dia tahu…)...Ok kita skip sikit…hehehehehehe….Jebat
berterus-terang dengan Mastura Siapa diri dia yang sebenar….masa silam
dia…semuanya dia cerita sebab tak nak Mastura tahu dari mulut orang lain…(Masa
ni kesian Jebat Mastura buat ignore je kat dia…lama gak lah si Mastura ni
merajuk dengan Jebat…hingga Jebat bawak Mastura pergi Dragon Villa.....(Kat
sana Jebat kenalkan family dia, uncle dia yang besarkan dia Datuk Kwan, Uncle
Bujang)…Kalau nak tahu kisahnya dapatkan novel ni ok…Selepas pulang daripada
Dragon Villa Jebat ditangkap polis….(kalau nak tahu sebab apa Jebat kena
tangkap kena baca lah kan…..
Ending
cerita ni memang suspend giler…serius , Jebat……….tapi…………(ok akan terjawab jika
anda sendiri yang membacanya nanti…)…Ok Stop review….Kalau cerita banyak-banyak
kang tak da kejutan….huhuhuhu..Sebenarnya banyak kisah-kisah yang best macam
part Mak Cik Sari…haaa tu pasti gelaknya lah…
*Dalam
novel akan terjawab semua persoalan seperti siapa yang selamatkan Hannah dan
mayat ibubapa Hannah semasa excident berbelas tahun dulu…juga terjawab siapa
yang menganaiya Hannah sampai jatuh bilik air….
p/s :Novel ni memang Tip
Top lah tak rugi kalo anda memilikinya….10/10 tau kita kasi bintang….OK waiting
next novel dari E-Man Sufi….novel ke-4 pulak yeee…..hihihihi