Pertemuan
pertama Malique Grogary Kamal aka Mr. Grey dengan Nisa Ardina mendatangkankan
sangsi pada Nisa, mana taknya Mr Grey tengah mandi dekat rumah sewa dia dengan
Jannah kot…hehehe..(nak tahu apa jadi sebenarnya ken abaca sendirilah yer).
Pertemuan seterusnya di Syarikat Puncak Angkasa(PA), apalagi terkejut beruklah
Nisa ni sebab orang yang dia sembur pagi tadi rupa-rupanya boss dia. Nisa ni
kerjanya pembantu kepada PA Mr.Grey. Hubaungan mereka menjadi rapat disebabkan
kes yang berkaitan dengan Jannah dan kenapa Mr. Grey berada dirumah sewa Nisa
dan Jannah pada masa itu. Ada lagi beberapa kes, yang buatkan hubungan mereka
rapat dan akhirnya berkahwin tanpa restu keluarga Mr Grey, kenapa?? Apa dah
jadi?? Bahagiakah perkahwinan Mr.Grey dan Nisa semua terjawab dalam naskah
tebal ini…
JANNAH watak yang aku suka sebab
dia ni kawan yang betul-betul kawan, susah senang sama-sama, tak kira lah dalam
apa jua situasi. Ada satu part yang dia jaga Nisa, pertahan kan Nisa dan banyak
lagi lah. Jannah ni watak dia sempoi jer sama lah dengan Nisa sebab tu boleh
jadi kawan rapat. Semua masalah mesti dia share dengan Nisa sama lah dengan
NIsa. Dengan Jannnah Nisa tak boleh tipu mesti Jannah dapat tahu,tapi lepas
Nisa cerita kat Jannah mesti Jannah punya jawapan tepat…hehehehe… Bila Nisa
fikir yang buruk-buruk pasal Mr.Grey mesti Jannah ada jer jawapan yang boleh
patahkankan hujah Nisa dan buat Nisa berfikir sedalam-dalamnya. Banyak lagi
watak-watak yang baik dan aku suka, misalnya Dr Awal, Rian, Halen, Abang Ham,
Kak Ain, Mak Yah, Lulu, Kak Hanum semua ni percaya dan yakin dengan Mr.Grey.
REID KAMAL aka MR RED
,,walaweiiii watak yang memang mintak di maki dan kaki hahahaha daripada awal
cerita sampai lah penghabisan wataknya. Banyak sangat perkara jahat yang dia
buat lepas itu, ada hati nak pegang jawatan CEO PA, memang hancur lah syarikat,
hampir bankrap kot PA masa dia dilantik jadi CEO.(Macam mana dia jadi CEO tu
kena baca sendiri..hihihihi). Satu lagi watak yang aku tak suka ialah TOK GREY,
dalang segala dalang, cucu haram dia pertahankan sebab komplot dia..cucu halal
iaitu Mr Grey jadi kambing hitam. Tok Grey ni dah tua-tua pun tak
insaf-insaf. Errr watak Mummy Grey
mula-mula memang tak suka,tapi sebaik insaf dan boleh terima Nisa sebagai
pembantu.
Keseluruhan cerita mestilah
best,gempak giler…baca novel ni tak boleh nak letak nak tahu apa jadi
seterusnya dan seterusnya. Bukan Syamnuriezmil lah kalau dalam novel nya tiada
misteri penyiasatan dan komplot rahsia hehehe..Rancangan
Mr Grey nak hapuskan punca di PA tapi rancangan Nisa lagi hebat sebab di
rancang untuk hapuskan orang yang boleh ganggu –gugat hubungan dia dengan
Mr.Grey.
5***** atau semua bintang yang
ada untuk novel ini. Tahniah Kak Syamnuriezmil dan terima kasih sebab hasilkan
karya Mr. Grey ini..Yang lain kalau nak tahu
kesudahan cerita ini kena beli dan dapatkan dikedai-kedai buku
dipasaran, gerenti tak menyesal.
No comments:
Post a Comment