Drama ini mengisahkan tentang Ameena (Tiz Zaqyah) seorang anak yatim piatu manakala Radhuan (Raja Afiq) pula adalah anak hartawan. Cinta mereka bersatu seketika namun terpisah jua apabila ditabur fitnah yang oleh Puan Kirana, iaitu ummi Radhuan. Ameera telah diceraikan lalu diapergi membawa diri ke Sabah. Hidup Radhuan mulai kosong tanpa Ameena. Hati Radhuan terpenjara dalam perkahwinan yang dipaksa dan tidak bahagia dengan Ezaty.
Di Sabah Ameena telah melahirkan dan membesarkan Jeffrey sendirian. Satu ketika Ameena telah terpaksa kembali ke Kuala Lumpur kerana Jeffrey sakit tenat. Pertemuan yang tidak terduga dengan Ameena membuatkan Radhuan kembali memburu cinta Ameena kembali. Ameena terpaksa mengelak kerana telah diperas ugut oleh bekas mertuanya.
Hancur luluh hati Radhuan yang selama ini amat menginginkan seorang anak, apabila mengetahui bahawa Ameena telah lama menyembunyikan anak mereka selama ini. Kebencian Radhuan semakin membara terhadap Ameena apabila anaknya mati dipangkuannya tidak sampai sejam mereka berjumpa. Ameena pergi membawa hati yang lara.
No comments:
Post a Comment