CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

PEMINAT NOVEL

Monday 10 July 2017

SINOPSIS Dan REVIEW Novel Dia...Dato Terlajak Sengal


Foto Cik Tet.

REVIEW

Hari ni kita review novel ni pulak okey. Cerita ni memang sengal campur senget hehehe. Kisah Dato’ Ammar Arjuna (Dato’ muda okey) yang menyimpan rasa cinta terhadap si senget Dina hampir 18 tahun. 18 tahun lalu seorang budak lelaki memberi patung kertas tanda sebagai hatinya,janjinya dia akan kembali dan meminta seorang budak perempuan yang hanya berusia 8 tahun menjaga patung itu baik-baik kerana itu melambangkan hatinya.
18 tahun berlalu mereka bertemu namun Arjuna telah pun mengikat tali pertunangan dengan seorang gadis pilihan keluarganya. Kecewa semestinya kerana Dina muncul selepas dia menjadi tunangan orang. Bermacam-macam tragedi terjadi diantara Arjuna dan Dina ini. Lagi-lagi semasa hari Family Days syarikat Arjuna anjurkan,kenapa Si Senget Dina ni ada masa Family Days Syarikat Arjuna tu kena baca lah. Dekat sana jugak Dina bertemu dengan si kecik bulat Riez a.k.a M.R. Riezman anak buah Si sengal Arjuna, kata Dina si bulat Riez ni sama jer perangainya dengan Arjuna. Sesuatu telah belaku membuatkan mereka terikat sebagai suami isteri. Bermula episod yang akan buat awak-awak tersenyum seorang-seorang tau.
Gibran dan Imran bodyguart Arjuna, suka dengan watak dia 2 orang ni, setia dengan Arjuna tak payah cakap lah,semua Arjuna arah kan semua dia 2 orang ni ikut, setia giler okay. Riez si budak bulat ni lagi satu, kalo tak buat mama long dia naik angin memang tak sah ada jer jawapan dia tapi dialog-dialog diorang lah akan buat kita gelak sorang-sorang.Watak abang Dina pun best, sama naik kalau kenakan Dina, sebab Abang Dina lah Si Dato Sengal dapat jumpa balik si Sengat Dina..hehe..nak tahu macam mana cari novel ni.
Lidya dan keluarga, watak ni paling aku benci sebab keluarga ni tak tahu malu. Dah lah kau sekeluarga dah malukan Arjuna sekeluarga lepas tu ada hati nak tebus balik..ehhh boleh jalan lah sama lu Lidya…hahahahaha.
Keseluhuran cerita ni memang best, kalau nak tahu apa jadi pada Arjuna dan Dina, si Dato Sengal dan Si Senget Dina boleh dapatkan kat kedai-kedai..tak rugi tau…nanti urat senyum asyik nak menyengih jer tau..Ku bagi semua 5 Bintang untuk novel ni Sis Cik Tete… Tunggu novel berikutnya ADAM HAWA SURI DAHLIA.


SINOPSIS


Dia..lelaki yang punya segalanya. Harta, pangkat dan kedudukan. Rupa paras yang mampu menggugat hati si gadis. Belum lagi dengan body ‘tilam kekabunya’ yang cukup untuk membuatkan si gadis dilanda angau.

“Makhluk apa ni Pija?”
“Inilah makhluk pembunuh, D.”
“Bukan orang utan ke?”
“Orang utan mana ada jambang yang ohsem macam ni. Inilah makhluk Tuhan yang paling seksi yang aku pernah nampak.”
“Ini bukan seksi Pija, ini seksa namanya..”

Namun, bila sengal seorang Dato’ Arjuna itu muncul, Irdina yang blur dan sopan juga boleh bertukar menjadi senget dan kuat menjawab demi melayan si sengal yang kadang-kala boleh bertukar menjadi mamat ketul ais.

“Betis yang tengah bunting tu tak payah nak tunjuk dekat orang. Orang tak terliur pun kalau tengah bunting macam tu.”
“Bukannya sengaja saya nak tunjuk, yang awak pergi pandang tu kenapa?”
“Kalau dah terpampang depan mata, semua orang pun akan pandang, Dina.”
“Awak saja yang pandang, bermakna awak jelah yang terliur dengan betis bunting padi saya ni. Cakap tak terliur, tapi pandang jugak.”

Itu baru seisi ‘beramah mesra’ antara si sengal dan si senget. Belum lagi si kecik bulat a.k.a M.R. Riezman yang turut menyelit bersama dengan sengalnya.

“Kenapa aunty tepung gomak pakai gaun kembang macam ni?”
“Cantik kan? Macam Puteri Elsa.”
“Tak nampak pun macam Puteri Elsa. Riez tengok dah macam lampu meja dalam bilik kerja daddy je.”

Bila anak buah dengan pak buah bergabung kesengalan, yang menjadi mangsa sudah pastilah si senget Irdina. Huru-hara hidupnya dalam melayan kesengalan yang mampu menyentap hati dan jantung. Belum lagi dengan sikap Arjuna yang sentiasa berubah-rubah. Sengal, sinis dan beku.

Sesungguhnya sengal itu ohsem, namun hanya ada satu di dalam kepala Irdina.



‘Kalaulah membunuh itu bukan satu jenayah berat.

No comments:

Post a Comment

Teman Membaca