CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

PEMINAT NOVEL

Sunday, 25 December 2011

Drama Vanila Coklat





SINOPSIS VANILA COKLAT
(SLOT LESTARY)

Vanila Coklat mengisahkan tentang Zara dan Aamir yang sedang menuntut di Institut Pengajian Tinggi. Zara dan Aamir saling membenci antara satu sama lain dan sering berselisih faham memandangkan Zara merupakan pelajar cemerlang manakala Aamir pula dilabel seorang kaki perempuan.
Liana, rakan sekelas Zara menganggap Aamir adalah hak miliknya. Liana sentiasa berkepit dengan Aamir supaya semua orang melihat mereka seperti bercinta. Liana juga seorang wanita yang lemah lembut namun semua itu dibuat-buat kerana dia sememangnya bercita-cita ingin berkahwin dengan anak orang kaya. Berlainan dengan Zara yang mempunyai kekasih hati iaitu Kamal, jejaka yang dikenalinya sejak sekolah menengah lagi.
Ibu bapa Zara, Dr. Ungku Musa dan isteri tidak menyukai Kamal, begitu juga ibu bapa Aamir, Datuk Ahmad dan Datin Dalila yang kurang menggemari sikap Liana kerana tidak menghormati orang tua. Suatu hari, Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang untuk menyatukan anak mereka. Seperti berbezanya Vanila dan Coklat, begitulah sukarnya untuk menyatukan Zara dan Aamir. Pelbagai usaha dilakukan oleh ibu bapa mereka agar mereka bersetuju untuk berkahwin sehingga Datuk Ahmad terpaksa berpura-pura diserang sakit jantung dan permintaan terakhirnya ialah ingin melihat Zara dan Aamir disatukan. Akhirnya, Aamir akur dan bersetuju.
Tiba cuti semester, Zara dan Aamir pergi ke Genting Highlands untuk meluang masa bersama. Masing-masing malu apabila salah seorang cuba bersikap romantik dan manja. Aamir mengakui dia telah jatuh cinta pada Zara sejak dari hari mereka dinikahkan. Buat pertama kali mereka tidur seperti pasangan suami isteri yang lain.
Zara dan Aamir tidak sabar ingin pulang ke Kuala Lumpur untuk memberitahu keluarga mereka bahawa mereka ingin meneruskan perkahwinan ini. Sebuah majlis diatur oleh ibu bapa Zara dan Aamir untuk meraikan berita gembira ini. Kamal dan Liana turut dijemput untuk hadir ke majlis tersebut. Mereka berdua telah merancang sesuatu untuk memisahkan Zara dan Aamir.
Pada hari majlis tersebut dijadualkan berlangsung, pelan jahat Kamal dan Liana untuk mengenakan Aamir berjaya. Dr. Ungku Musa mengamuk. Dia menyangka Aamir membuat onar dengan Liana dan terus memukul Aamir. Datuk Ahmad cuba menenangkan Dr. Ungku Musa daripada terus membelasah anaknya kerana menurutnya, kita tidak tahu perkara sebenar yang terjadi antara Liana dan Aamir. Dr. Ungku Musa menarik tangan Zara dan memutuskan hubungan antara Aamir dan Zara.
Sejak kejadian tersebut, hubungan Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad renggang. Bagi Zara, dia mempercayai suaminya kerana dia mengenali perangai Liana. Bagaimana Zara dan Aamir ingin memulihkan hubungan keluarga mereka? Apakah rancangan seterusnya Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad selepas masing-masing bermusuh? Apa pula strategi Kamal dan Liana untuk memenangi hati keluarga kekasih mereka?



Layan Episod 1....



Pelakon:Aiman Hakim Ridza (Mentor 5), Izara Aishah, Iqram Dinzly dan Nabila Daly

Teman Membaca