CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

PEMINAT NOVEL

Wednesday 26 October 2016

Review novel Saya kan Ada




Image result for novel saya kan ada


Kisah Hairiz yang jatuh cinta pada sepupunya sendiri iaitu Maisarah. Hairiz adalah satu-satunya sepupu Mai yang sentiasa mengambil berat, melindungi Mai daripada amukan mak-mak saudara Mai yang membenci Mai kerana menganggap Mai membawa sial dalam keluarga....Suka sikap Hairiz yang sentiasa ada sifat melindungi dan berpendirian tetap...walaupun kepala angin tapi dengan Maisarah Hairiz sentiasa berlembut.....KOREA detik bermulanya cinta mereka apabila Hairiz melamar Maisarah..pada mulanya ada keraguan pada Mai tetapi ketegasan Hairiz untuk memiliki Mai walau apa pun dugaan yang akan datang akan ditempuhi bersama...kemuncak cerita yang bahagia.....Betul kata Hairiz pada Mai “Saya Kan Ada”.....Tahniah Kak Sarah Marissa saya suka cerita ni..



Sinopsis

Berada di dalam kapal terbang sepanjang penerbangan yang mungkin mengambil masa lebih kurang enam jam bersama sepupu yang aku kenal sejak kecil lagi sebenarnya bukanlah sesuatu yang membosankan. Hairiz pandai bercerita dan pasti saja cerita-cerita tentang kenangan kami.

“Tahun ni awak dah dua puluh lapan tahun, kan?” soalku. Burger yang aku bawa sudah selamat sampai ke perut.

“Baru tahu ke?” soal Hairiz.

“Sebab tahulah saya sebut.”

“Kenapa tiba-tiba bercakap tentang umur saya pula?”

“Dah layak untuk kahwin kan? Rumah dah ada. Kereta dah ada. Kerja pun dah stabil.” Aku tidak tahu kenapa soalan itu aku ajukan bila kami berada tinggi di udara. Masa di bawah, tak pula mahu bertanya.

“Memang pun. Dah cukup layak.”

“Habis tu?”

“Kalau saya cakap saya tunggu awak macam mana?” bisiknya perlahan.
Aku senyum tawar. “Awak selalu macam ni. Bila saya serius bertanya, awak main-main.”

“Eh, saya tak main-main tau. Saya pun serius dengan jawapan saya. Kalau saya cakap saya tunggu awak, awak nak jawab apa?”
Aku pandang Hairiz dan Hairiz pandang aku.

“Mustahillah. Kita kan sepupu.”

“Kenapa dengan sepupu? Apa masalahnya kalau kita sepupu? Kita boleh kahwin. Tak ada sebab kenapa kita tak boleh kahwin.”

“Okeylah, kita jangan sebut lagi pasal kahwin ni.” Aku yang mencari pasal. Seperti tiada soalan lain yang hendak diajukan. Pasal kahwin juga yang aku jadikan bahan cerita.

“Kejap, saya tak faham. Kenapa kita berdua tak boleh kahwin?”

“Sebab awak sepupu saya. Awak anak mak lang saya. Seperti yang awak tahu, saya tidak mempunyai hubungan yang baik dengan mak lang saya. Kat situ dah nampak kesulitannya kalau status kita bertukar. Awak kena faham tu...”

“Huh, alasan!

Teman Membaca