CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

PEMINAT NOVEL

Friday 10 October 2014

SLOT RATU : Setitis Kasih Damia

Drama adaptasi baru yang akan ditayangkan pada setiapa hari selasa dan rabu ini jam 8.30 malam menggandingkan pelakon Sharnaaz Ahmad sebagai hero dan Nelydia Senrose sebagai heroin. Jika dulu mereka digandingkan didalam novel adaptasi Bukan Kerana Aku tak Cinta jom sekali lagi kita tengok gnadingan mantap daripada mereka ini.


     

   


"Sukarnya mengapai cintamu Seperti menunggu hujan di musim kemarau yang panjang"

Sinopsis


Mengisahkan perjalanan hidup Darmia, seorang gadis kampung yang dibesarkan hanya dengan kasih sayang seorang ibu. Belum puas dia bermanja, ibunya terlebih dahulu dijemput Ilahi. Darmia hampir menjadi mangsa kerakusan pakciknya sendiri lalu terjebak dalam perkahwinan yang dia sendiri tidak rela... Setelah lafaz ijab kabul pada malam itu, bermulalah kehidupannya sebagai perempuan yang sering di keji, dihina dari keluarganya sendiri tanpa dia tahu di mana kesilapannya. Lelaki yang bergelar suami pula pergi meninggalkan Darmia kerana berasa maruahnya tercalar. Mujurlah masih ada Opah dan sepupunya Haliza yang sudi menjaga dan mengambil berat. Kasih Haliza buat Darmia melebihi kasih sayangnya untuk adik kandungnya sendiri, Anis Alisa.

Peluang belajar sambil bekerja yang ditawarkan oleh Haliza disambut Darmia dengan rasa gembira. Namun kemunculan Khairul Amir, lelaki misteri yang pernah melafazkan ijab kabul padanya 4 tahun yang lalu sebagai majikannya merangkap kekasih Haliza mengharu-birukan keadaan. Lelaki itu muncul bersama dendamnya yang tak pernah padam. Rahsia yang tersimpan tidak boleh dibongkarkan.

Buatlah apa saja, Darmia rela asalkan hati Haliza tidak disakiti. Asalkan Haliza tidak tahu rahsia mereka. Percaturan tuhan siapa yang tahu. berkali-kali bibir lelaki itu mengucapkan benci namun berkali-kali juga hatinya enggan berkompromi. Semakin Darmia jauh semakin galak Khairul Amir mengejar biarpun dia tahu pasti akan ada hati yang akan terluka. Dalam satu insiden yang tidak disengajakan, rahsia yang cuba dikuburkan terbongkar jua. Hati Hasliza dan Darmia hancur bagai dipukul ombak Tsunami yang meranapkan bumi Aceh.

Kerana dendam, pengorbanan dan keegoan semuanya menjadi kucar-kacir. Khairul Amir nekad, biar hilang segalanya di dunia ini, setitis kasih Darmia terus dinanti.


Teman Membaca