CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

PEMINAT NOVEL

Wednesday 4 January 2017

Semak Keputusan Peperiksaan Anak Secara Online (SAPS)

Assalamualaikum semua...Hari ni kita nak cerita sikit pasal SAPS ini...Nak tahu apa jom baca apa yang saya nak saya terangkan/ beritahu ni..


Image result for saps ibubapa

Pernah dengar tidak SAPS ibu bapa? Apakah SAPS ibu bapa itu? Bagaimana ianya berfungsi? Untuk siapakah kegunaannya? Adakah ianya manfaat?..Okey semuanya akan terjawab bila anda baca artikel ini sampai habis.

Setiap ibu bapa mesti mahu memberikan yang terbaik buat anak-anak mereka bukan, terutama sekali dalam bidang pendidikan. Ada ibu bapa yang sanggup menghantar anak-anak mereka ke kelas-kelas tambahan bagi memastikan anak-anak mereka peroleh kejayaan dalam setiap peperiksaan. Keputusan yang cemerlang anak-anak dapat membantu mereka untuk mempunyai masa depan yang baik dan terjamin. Oleh itu, ibu bapa hendak lah memantau setiap keputusan peperiksaan yang mereka duduki.

Memandangkan sekolah baru sahaja dibuka bagi sesi 2017 ini, apa kata ibu bapa mula mencuba dengan aplikasi ini, mana tahu membantu.Akan ada peperiksaan yang akan menyusul bukan, peperiksan bulanan pun boleh guna aplikasi ini. Ada anak-anak yang tidak gemar untuk berkongsi keputusan peperiksaan mereka dengan ibu bapa, jadi ini lah masanya untuk ibu bapa bertindak cek online lah habis cerita. Jadi buat anak-anak anda kena siap sedia yer, sebab walaupun kamu sorokkan laporan peperiksaan tetapi ibu bapa anda tetap akan dapat tahu juga dengan mengunakan sistem ini...hehehe... (Zaman kami belum wujud lagi sistem ini).

Related image

Bagi memudahkan ibu bapa menyemak keputusan anak-anak mereka, Kementerian pendidikan telah mewujudkan dan melancarkan satu sistem atau aplikasi dalam talian bagi menyemak keputusan anak-anak dalam peperiksaan besar terutamanya bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang menduduki peperiksaan PT3 dan SPM. Sistem yang dimaksudkannya ialah SAPS ibu bapa ..

Perjumpaan antara guru kelas dan ibu bapa dilakukan untuk menyemak keputusan anak-anak terutama sekali peperiksaan percubaan, peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun, sering kali diadakan, namun berapa ramai ibu bapa yang dapat hadir? Itu semua dulu sebelum wujudnya semakan peperiksaan ibu bapa ini. Walau dimana ibu bapa berada, pejabat, dalam kereta semua boleh di cek mengunakan sistem ini.

Image result for saps ibubapa

Bukan itu sahaja, sistem ini juga dikenali sebagai SAPS NKRA ibu bapa . Penyimpanan data mengenai sistem pendidikan menjadi lebih mudah dengan tercipta nya sistem ini. Oh ya.. singkatan bagi
SAPS (Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah) dan NKRA (National Key Result Area). 

Image result for saps ibubapa

Klik => SAPS ibu bapa jika mahu membuat semakan terus keputusan peperiksaan anak-anak anda. Anda akan dibawa terus ke laman web yang telah disediakan.. just follow setiap step by step yang diterangkan. Bagi mengelakan ibu bapa mengalami kesukaran untuk membuka laman web tersebut, diharap ibu bapa terus ke laman web yang disediakan.
Proses akan menjadi lambat jika anda menggunakan website lain, berkemungkinan server yang terlalu berat kerana diakses ramai pengguna.

Image result for saps ibubapa

SAPS semakan ibu bapa ini boleh diakses dengan cara online atas talian. Bukan itu saja ibu bapa juga boleh membuat semakan untuk anak-anak yang berumur 7 tahaun(darjah 1) hingga 17 tahun (Tingkatan 5). Keputusan-keputusaan seperti UPSR, PT3 dan SPM juga akan di update didalam sistem ini (SAPS NKRA) bagi memudahkan ibu bapa.

Manfaat yang baik, jika ibu bapa dapat mengunakan sistem ini bila perlu menyemak keputusan peperiksaan anak-anak. Malah anda boleh mengetahui awal keputusan anak-anak anda sebelum anak-anak anda menyerahkan buku report untuk ditanda tanggani. Lepas ni tiada lagi masalah anak-anak sorok keputusan daripada anda. Dengan ada nya sistem ini, ibu bapa boleh menyemak keputusan anak-anak dengan pantas dan boleh disemak dimana-mana sahaja berada. Dengan satu klik keputusan anak-anak dapat anda perolehi.

Okay sampai sini dulu artikel ini TAMAT... Opppsss sebelum terlupa rajin-rajin lah share artikel ini..biar semua ibu bapa tahu tentang kewujudan SAPS ibu bapa online ini . Kita mudah kan kerja orang lain INSYAALLAH, kerja kita juga jadi mudah..k bye...

ASSALAMUALAIKUM.


Teman Membaca