CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

PEMINAT NOVEL

Monday, 9 January 2017

REVIEW NOVEL H.I.M (FADLYN RIDZ)

Assalamualaikum…Hai korang… Ok kali ni nak review novel H.I.M..baru beli masa bulan 12/2016 kat pesta buku 1 Malaysia/Ekspo buku Malaysia..hari tu…Jom baca review saya ni…

Foto Adnil Zaff.

- HERO IN A MILLION -
Tajuk pun dah gempak gitu.. Siapa hero yang dimaksudkan satu dalam sejuta itu? Kenapa dia satu dalam sejuta?..Ok..ok.. sabar semua akan ku rungkai..hehe..
AHMAD FAKHRI RIZAL hidup dia penuh dengan derita pada permulaan cerita..sebab masuk juvana selama 2 tahun atas kesalahan yang tak pernah dia buat, dia difitnah, kehilangan ibu, kehilangan nenek dan tidak diterima kehadirannya dalam keluarga Ayah dan ibu tiri serta Abangnya Naquib (lain mak satu Bapa).  
Keinginan nya untuk mengubah nasib dirinya dan kehidupan membawa Fakhri ke ibi kota Kuala Lumpur, dengan hasil duit jual tanahnya dikampung kepada tok Imam..Duit itu digunakan untuk dia belajar disamping dia bekerja sebagai tukang kebun pada hari cuti… Duit yang ada dikumpul sehinggalah Fakhri melanjutkan pelajaran ke luar negara.
AFYRA anak Tan Sri Arif dan Puan Sri Insyirah merupakan tunang kepada Naquib pada mulanya. Namun akhirnya berkahwin dengan Fakhri..(Macam mana boleh berlaku kena baca baru faham..hihihi..) Pada mulanya Fakhri ada agendanya sendiri kenapa dia terima berkahwin dengan Afyra…tetapi selepas Afyra keguguran dia mula sedar dendamnya bukan pada Afyra…
NAQUIB, dia ni anak Mak semua ikut cakap mak dia…kahwin cerai…kahwin cerai je hidupnya semua gara-gara campur tangan mak dia..Walaupun dah kahwin dengan perempuan lain pun masih terkejar-kejar kan adik ipar dia Afyra…Namun cinta AFYRA dan Suaminya FAKHRI tetap utuh..
Kehidupan Afyra dan Fakhri bahagia walaupun Fakhri dikhianati oleh kawan-kawannya dalam syarikat, Afyra sentiasa ada untuknya..(Jahat kawan-kawan dia ni, tak sedar diri..bukannya tahu berterima kasih malah tikam dia dari belakang). Namun kebijaksanaan Fakhri dia berjaya mengharungi segala rintangan dalam hidupnya.


Kehadira anak kembar tiga mereka menyerikan lagi kehidupan Fakhri dan Afyra (comel je keletah diorang bertiga ni). Pengakhiran cerita yang bahagia dengan kehadiran anak kembar 2 pulak…hihihi….Fakhri memberi satu kejutan buat Afyra dimana mereka sekeluarga pergi mengerjakan Umrah beramai-ramai…Banyak lagi nak cerita tapi macam tak best pulak kalau cerita semuakan… apa jadi pada Naquib…mak tiri Fakhri…semua nya ada kesudahan.. beli dan baca baru ada feel…hehe
 SAYA suka cerita ini, susah ooo nak jumpa lelaki macam Fakhri ni..semua dia mula sendiri daripada zero takda apa-apa hingga dapat gelaran Dato…itu sebab Afyra gelar dia Hero in a million… susah nak tengok dia mengamuk semua dia hadapi dengan tenang.. Tahniah pada penulis atas karya yang sangat sweet ni…hihi…serius cakap lepas baca novel ni saya nak cari semua karya penulis ni yang lepas- lepas….ok TAMAT…selamat malam….bye-bye..jumpa lagi pada review akan datang pulak…



Sinopsis Drama/Novel Sayang Papa Saya Tak?


Image result for sayang papa saya tak


Farish mengahwini Raisya atas desakan ibunya walaupun dia tidak suka pada gadis mata duitan itu kerana anaknya terbiar tanpa kasih sayang seorang ibu setelah kematian Kasih. Anaknya perlukan seorang ibu dan dia sendiri tidak kuat untuk menjaga anaknya itu. Mereka berkahwin dan mula mencipta kisah yang penuh warna-warni dalam rumah tangga mereka. Saling mengenali satu sama lain, Raisya memberi impak positif untuk dia bangkit semula. Perlahan-lahan dia mula jatuh cinta untuk kali kedua, memberi ruang untuk Raisya sesuaikan diri sebagai seorang isteri.

Namun… emosi Raisya terdera dengan kehadiran Azyan, kawan baik arwah Kasih dan juga Aleya, bakal tunang Fakhrul, adik kembar Farish yang turut meninggal dunia bersama Kasih.

“RM100,000.00 Encik Farish? Yang tak gatal pun mesti jadi gatal.”- Raisya.

Kalau begitu ragamnya, bagaimana Farish tidak pening dengan Raisya?


Image result for sayang papa saya tak


Image result for sayang papa saya tak

Image result for sayang papa saya tak

Image result for sayang papa saya tak

Teman Membaca