CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

PEMINAT NOVEL

Tuesday, 28 May 2013

Review novel Rindu Kamu Mr Darcy..

 



         
      Kisah Faris Darwisy aka Mr Darcy kepada Hayfa Idhar….Cerita yang sangat santai dan semestinya sweetlah.  Yang sweetnya mestilah Faris sebab dia kan Mr Darcy hahaha..tapi Hayfa cakap si Faris ni otak sempit…Faris pulak cakap si Hayfa ni Kaki skodeng disebab kan dia pergi curi dengar perbualan Abang Erwan aka bakal abang ipar dia dengan si Faris ni waktu rombongan Abang Erwan datang merisik kakak Hayfa, Si Hayna(Ayong), Hayfa kata Faris ni penasihat 25% Abang Erwan. Haaa kat situ pertama kali dia jumpa dengan si Faris ni..Faris kawan baik pada Abang Erwan lah…Lepas dia dengar perbualan Erwan dengan Faris ni, si Hayfa ada sound kat Faris ni (huhu kat sini lah Faris mula cinta kan Si Hayfa)..

       Mak Cik Eton aka mak saudara Hayfalah yang mencari calon untuk kakak dia ni..dan lepas tu dia kata nak hantar proposal untu Hayfa kepada Faris (perhhh apalagi Si Hayfa ni siap nak pergi jumpa Si Faris nak bagi warning lagi...). Saira kawan baik Hayfa merangkap rakan sekerja dia…semua benda Si Hayfa cerita dekat Saira..hingga Saira saran cari maklumat si Faris ni kat Internet lagi…(jeng…jeng..jeng…jumpa memang jumpa pasal Faris ni tapi kalau nak tahu sila dapat kan novel ni di pasaran…huhuhu)…..

        Cerita tak habis sampai kat sini je….Syarikat tempat Hayfa kerja ni memerlukan satu software baru untuk memudah kan kerja diorang dan Encik Arief (Boss Hayfa ) telah mengupah Faris untuk membina satu software baru…Faris ni rupanya pandai dan kerja nya adalah pembuat Sofware maker dan Si Hayfa seorang ID jadi untuk siapkan software ni Faris perlukan pembantu dan dia minta Hayfa untuk jadi pembatunya memandangkan Hayfa the best ID dekat dalam syarikat dia….(Kat sini lah Faris kata di terima proposal Mak Long Hayfa (Hayfa apa lagi gelabah lah dia telefon Mak Long dia tapi tak berangkat…)…Di pejabatlah Faris ni cuba dekat dengan Hayfa,,,dia kata dia suka Hayfa tapi Hayfa macam biasa lah kalau Faris sentuh pasal hati dia akan cepat-cepat ubah topik …..

        Setiap kali Hayfa ada masalah pasti Faris akan menjadi penyelamatnya,contoh kes dengan abang sepupu dia Abang Azhar, restoran, pasal Hayda(Ayang)  dan banyak lagi lah (semua nya ada cerita dan pasti Faris selesaikan nya secara bijak......Dan paling best apa je Hayfa fikir mesti Faris tahu sampaikan Hayfa kata kat otak dia ada CCTV ke sampai Faris tahu semuanya….



*****Ok kalo nak tahu apa jadi seterusnya dan seterusnya kenalah dapat kan novel ni sebab harga dia pun berpatutan RM 18 je….

Teman Membaca