CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

PEMINAT NOVEL

Tuesday, 1 August 2017

Review Novel Mr Grey -SYAMNURIEZMIL-

Foto The Chapter Bookstore.



Pertemuan pertama Malique Grogary Kamal aka Mr. Grey dengan Nisa Ardina mendatangkankan sangsi pada Nisa, mana taknya Mr Grey tengah mandi dekat rumah sewa dia dengan Jannah kot…hehehe..(nak tahu apa jadi sebenarnya ken abaca sendirilah yer). Pertemuan seterusnya di Syarikat Puncak Angkasa(PA), apalagi terkejut beruklah Nisa ni sebab orang yang dia sembur pagi tadi rupa-rupanya boss dia. Nisa ni kerjanya pembantu kepada PA Mr.Grey. Hubaungan mereka menjadi rapat disebabkan kes yang berkaitan dengan Jannah dan kenapa Mr. Grey berada dirumah sewa Nisa dan Jannah pada masa itu. Ada lagi beberapa kes, yang buatkan hubungan mereka rapat dan akhirnya berkahwin tanpa restu keluarga Mr Grey, kenapa?? Apa dah jadi?? Bahagiakah perkahwinan Mr.Grey dan Nisa semua terjawab dalam naskah tebal ini…

                JANNAH watak yang aku suka sebab dia ni kawan yang betul-betul kawan, susah senang sama-sama, tak kira lah dalam apa jua situasi. Ada satu part yang dia jaga Nisa, pertahan kan Nisa dan banyak lagi lah. Jannah ni watak dia sempoi jer sama lah dengan Nisa sebab tu boleh jadi kawan rapat. Semua masalah mesti dia share dengan Nisa sama lah dengan NIsa. Dengan Jannnah Nisa tak boleh tipu mesti Jannah dapat tahu,tapi lepas Nisa cerita kat Jannah mesti Jannah punya jawapan tepat…hehehehe… Bila Nisa fikir yang buruk-buruk pasal Mr.Grey mesti Jannah ada jer jawapan yang boleh patahkankan hujah Nisa dan buat Nisa berfikir sedalam-dalamnya. Banyak lagi watak-watak yang baik dan aku suka, misalnya Dr Awal, Rian, Halen, Abang Ham, Kak Ain, Mak Yah, Lulu, Kak Hanum semua ni percaya dan yakin dengan Mr.Grey.

                REID KAMAL aka MR RED ,,walaweiiii watak yang memang mintak di maki dan kaki hahahaha daripada awal cerita sampai lah penghabisan wataknya. Banyak sangat perkara jahat yang dia buat lepas itu, ada hati nak pegang jawatan CEO PA, memang hancur lah syarikat, hampir bankrap kot PA masa dia dilantik jadi CEO.(Macam mana dia jadi CEO tu kena baca sendiri..hihihihi). Satu lagi watak yang aku tak suka ialah TOK GREY, dalang segala dalang, cucu haram dia pertahankan sebab komplot dia..cucu halal iaitu Mr Grey jadi kambing hitam. Tok Grey ni dah tua-tua pun tak insaf-insaf.  Errr watak Mummy Grey mula-mula memang tak suka,tapi sebaik insaf dan boleh terima Nisa sebagai pembantu.

                Keseluruhan cerita mestilah best,gempak giler…baca novel ni tak boleh nak letak nak tahu apa jadi seterusnya dan seterusnya. Bukan Syamnuriezmil lah kalau dalam novel nya tiada misteri penyiasatan dan komplot rahsia  hehehe..Rancangan Mr Grey nak hapuskan punca di PA tapi rancangan Nisa lagi hebat sebab di rancang untuk hapuskan orang yang boleh ganggu –gugat hubungan dia dengan Mr.Grey.

                5***** atau semua bintang yang ada untuk novel ini. Tahniah Kak Syamnuriezmil dan terima kasih sebab hasilkan karya Mr. Grey ini..Yang lain kalau nak tahu  kesudahan cerita ini kena beli dan dapatkan dikedai-kedai buku dipasaran, gerenti tak menyesal.


Teman Membaca