CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

PEMINAT NOVEL

Friday, 6 January 2017

REVIEW NOVEL 1 PENGAKUAN 9 LUAHAN (AZURA RASIDDIN)

Assalamualaikum semua …kita bertemu lagi hihi.kali ni jom saya nak review novel lagi… novel best tau (Tajuk macam diatas..hihihi).Beli masa pesta buku antarabangsa 2016…dah lama habis baca tapi lambat nak review…hehe..

Image result for novel 1 pengakuan 9 luahan

- ….LUAHAN YANG TAK TERUNGKAP -

Buku novel setebal 844 muka surat ni..memang best…Kisah ZAFRAN ALI dan DHIRA.
Permulaan cerita dimana Zafran menyuruh penyiasat mencari tahu tentang kedudukan BEKAS isterinya..dimana dia berada? Apa yang dia buat? Dan apa terjadi pada dia (DHIRA) selepas dibuang keluarga. Ya.. dibuang keluarga, kerana naik hantu sebab mencederakan suaminya hingga berbekas kesan parut untuk
selama-lamanya…mereka bernikah dan bercerai pada hari yang sama…
 Hampir 6 tahun dibumi Singapura… Akhirnya Dhira jejak kan kakinya di Malaysia kerana syarikan Ken di Malaysia memerlukan khidmat Dhira ni …oo..Dhira ni pakar dalam hiasan dalaman ok….jap Dhira tinggal dan menetap bersama keluarga angkatnya yang baik hati walaupun mak angkat dan abang angkatnya (KEN) mempunyai agama yang lain mereka tetap menerima Dhira..apatah lagi kawan dia Fei Fei yang juga ahli keluarga angkatnya menjadi bukan saja kawan malah dah macam adik- beradik dah memandangkan Fei Fei telah memeluk agama islam.
Pertemuan mereka apabila Zafran menolong abang iparnya untuk bertemu dengan pereka hiasan dalaman untuk rumah yang abang ipar dia beli untuk kakaknya.. Teka siapa pereka hiasan dalaman tu????… ding..ding..dong.. betul DHIRA…Walaupun terkejut namun mereka bedua ni pandai sembunyikan rasa terkejut..semua dilakukan seperti mereka tak pernah kenal antara satu sama lain.
“Daripada   jurusan jururawat kepada pereka hiasan” kata Zafran
“Tak minat jururawat, sebab itu pilihan papa, bukan saya” kata Dhira.


Sejak itu pertemuan demi pertemuan berlaku apatah lagi mereka menetap ditempat yang sama tetapi ditingkat yang berbeza, daripada janggal lama-lama bertukar mesra apatah lagi mereka menpunyai emak angkat yang sama di Melaka…

Kenapa Mak angkat mereka sama kena baca tau mesti terkejut punya….Dhira beranikan diri untuk menemui keluarganya untuk memohan maaf..namun abangnya yang juga sahabat dan patner Zafran sangat-sangat lah susah untuk terimanya kembali..sampai mak Dhira sakit pun Dhira terpaksa curi-curi jenguknya tapi atas bantuan Zafran dan adik dia Dhira berjaya berjumpa ibunya…
Dapat kemaafan daripada keluarnya kecuali abangnya yang pernah beritahu Zafran selagi parut kat tangan Zafran tak hilang selagi itu dia tak dapat maafkan adik dia…
DHIRA melamar ZAFRAN kerana dia pasti dia dah mula jatuh cinta pada Zafran…pada mulanya Zafran tolak tapi akhirnya Zafran yang hantar rombingan meminang ke rumah keluarga Dhira..terkejut Dhira apa taknya Dia lamar Zafran tolak kot…hehe..(Zafran tolak sebab dia terkejut sebenarnya).
Zafrina kakak Zafran tidak suka dengan perkahwinan ini namun dia tetap hormat pilihan adiknya. Merasa ada tembok yang menghalang mereka walaupun sudah berkahwin Dhira nekad untuk runtuhkan tembok itu..tercipta lah 1 luahan 9 pengakuan, pengakuan-pengakuan itu akan dihimpun menjadi 1 luahan Dhira buat Zafran disatu tempat yang istimewa…ooo..kajap Dhira ni masa dulu di pernah gelar Zafran pembunuh…Dhira pernah sama kan Zafran sama dengan bapa kandung Zafran pembunuh sebab bunuh mak Zafran…tapi kenyataan nya silap Zafran terlampau baik. Banyak lagi yang terjadi tau Ken dituduh membunuh… Zafran kemalangan..semuanya kena baca sendiri…nak cerita kang jadi lagi panjang pulak review ni…hehe
Pengakhiran cerita ni mesti lah manis dan bahagia buat mereka ok…nak tahu apa 9 pengakuan dan 1 luahan Dhira kena cepat-cepat cari novel ni dan baca yer….best tau tak rugi beli…Pada Penulis TAHNIAH cerita yang klise tapi diolah dengan baik oleh penulis, baca tak boleh nak letak sebab nak tahu apa yang terjadi….Okey sampai sini dulu tau..nanti kita review novel lain…oo lupa Penulis ni ada novel baru tau tajuknya DATE ME… watak dalam novel baru ada dalam novel ni…penulis kegemaran Dhira, Fei Fei dan Ken…

Teman Membaca