CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

PEMINAT NOVEL

Sunday, 30 October 2016

Sinopsis Dan Review Novel SALJU KYOTO


Image result for sinopsis salju kyoto


First time baca buku pasal yakuza..tak thu nk cakap apa tapi kita bagi semua bintang sebab best 


sangat..tak  skip satu perkataan pun..hehe..watak arjuna nampak ganas tapi mempunyai sejarah 


hidup yang sangat dasyat(bagi saya lah..macam mana tragisnya ibu dan ayah dia meninggal)...


nailah seorang 

yang sanggup berkorban apa saja demi orang kesayangannya...kalau nak cerita memang tak 



habis sebab banyak kisah yang buat kita tak boleh nak berhenti baca..tentang ryohei,sato yg 


sangat setia pada arjuna selalu ada untuk arjuna..ryohei yang serius...sato yg selamba....oo 


pasal badri dia ni lah yg buat nailah datag ke kyoto dan bertemu dengan arjuna secara tak

 


sengaja..macam mana diorang boleh jumpa kena beli dan baca...tahniah pada penulis..nak cakap saya suka sangat cerita ini...


Image result for sinopsis salju kyoto



SINOPSIS 

‘When a man truly loves a woman, she becomes his weakness. When a woman truly loves a man, he becomes her strength. This is called Exchange of Power.’

Musim dingin 2015. Kyoto.

Semuanya bermula pada malam itu. Aku cuma seorang wanita biasa yang ingin mencari sahabat yang hilang. Namun, malam itu mengubah segala-galanya. Dia muncul umpama samurai dalam persalinan kimono hitam dan sebilah pedang.

A.K, dia sang jejaka misteri. Bermata helang, beraura garang. Bersamanya, terselit amaran.

“Stay away from him.”

Tetapi, bagaimana mungkin aku lari daripadanya bila dia tiba-tiba mengumumkan bahawa aku miliknya?

“She’s my woman. You touch her... and you die.” - A.K.

Hakikat bahawa Badri sudah menjadi yakuza mengeruhkan keadaan. Dia sahabat baik yang tulus, jadi kenapa dia menghumban diri ke jalan ini?

“If you feed an evil soul, he’ll become a devil.” - Badri

Bila dua pilihan terhampar depan mata, aku akhirnya membuat keputusan muktamad. Tinggal di Kyoto dan berjuang... dengan status sebagai isteri kepada Arjuna Kaede.
Dari awal, aku sedar bahawa menjadi isteri kepada lelaki itu bukan mudah. Nyawa sentiasa di hujung tanduk. Namun, aku ialah Nailah Farafisha. Seperti agungnya cinta Nailah al-Farafishah, srikandi Islam buat suaminya, Khalifah Uthman Ibn Affan, seperti itu juga tingginya darjat Arjuna Kaede di mataku. Mereka boleh datang menyerang, tetapi bukan semudah itu untuk aku menyerah kalah. Pantang maut sebelum ajal!

“Masanya sudah tiba untuk aku jadi singa betina.” - Nailah

Tetapi, mampukah aku terus bertahan dihimpit dunia gelap yakuza? Mampukah aku menjadi penyelamat tatkala Arjuna hampir tersungkur antara prinsip dan nyawa? Apa pula yang akan terjadi kepada Badri?

Ini bukan kisah cinta semata-mata. Ini tentang pilihan, pengorbanan dan akibat. Ini... kisah aku.


Teman Membaca