CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

PEMINAT NOVEL

Sunday, 23 October 2016

Lebih Kurang 10 000 Jawatan Kosong di Sektor Kerajaan Untuk Anda Mohon

Image result for statistik pengangguran di malaysia 2016

Dari hari ke hari, bulan ke bulan ,tahun ke tahun kadar pengangguran meningkat, malah statistik menunjukan jumlah pengangguran dikalangan rakyat Malaysia pada awal tahun tidak berubah. Di Malaysia,jumlah tenaga kerja meningkat dengan sangat perlahan, dan ini tidak menggambarkan sesuatu yang baik pada ketika ini. Menurut pakar pasaran pekerjaan,jangkaan kadar pengangguran di negara ini akan melonjak kepada 3.5% berbanding 3.2% yang pernah direkodkan sebelum ini..

Oleh itu, bagi mengelakkan kadar pengangguran terus meningkat satu lawan web rasmi Jawatan Kosong diwujudkan bagi mengurangkan kadar pengangguran ini. Lawan web ini menyenaraikan lebih banyak peluang pekerjaan untuk anda semua. Selain itu, satu lagi laman web kerajaan iaitu Jawatan Kosong Kerajaan jugak membantu anda memohon pekerjaan di sektor kerajaan yang sedia ada. Pasti banyak manfaat dan kelebihan jika anda bekerja di sektor kerajaan ini. Laman web ini jugak dapat membantu pelajar-pelajar lepasan diploma,ijazah yang masih menganggur untuk mendapat pekerjaan yang sesuai dalam bidang yang sesuai.

Image result for statistik pengangguran di malaysia 2016

jawatan maybank , jawatan kemas , jawatan JPJ dan banyak lagi jawatan kosong yang boleh dimohon di laman web yang tersedia. Jika mahu memohon klik saja laman web berkenaan dan apply mengikut apa yang sesuai dengan bidang anda. Ini kerana pilihan kerja yang banyak memudahkan anda untuk membuat pelbagai pilihan, antara kelebihan jika bekerja di sektor kerajaan ialah bonus tetap khidmat awam, kemudahan pinjaman, peluang naik pangkat dan sebagainya.

Sedikit tips untuk mereka yang menghadiri interview :-
  • Tunjukan anda mempunyai keyakinan diri
  • Jawab setiap pertanyaan dengan tegas dan bersesuai dengan pertanyaan
  • Elakan memberi jawapan 'TIDAK"
Image result for pertanyaan interview dan jawabannya untuk fresh graduate

Akhir sekali, pihak-pihak yang terlibat terutamanya Kementerian Sumber Manusia haruslah memainkan peranan yang lebih baik bagi mengapuskan kadar pengangguran dengan lebih banyak membuat promosi-promosi seperti laman web ini. Share blog ini dan bantu kawan-kawan anda yang masih lagi menganggur dan yang memerlukan pekerjaan dengan segera.


Sinopsis 7 Hari Mencintaiku (Barisan Para pelakon)

Image result for sinopsis 7 hari mencintaimu


Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.

“Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawak cermin ke suluhkan muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati! So…apa kata kau berambus sekarang! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau!”

Aduhai! Angkuh sungguh kata-katanya. Bungkam seketika Khuzairi mendengarnya. Jauh di sudut hati dia mula bertanya, sampai bila dia mampu untuk terus menahan makian dan hinaan yang di lemparkan oleh gadis ini? Sudah lalikah telinganya? Sudah matikah perasaannya? Tidak ke dia kecewa? Tidakkah dia terluka? Khuzairi mengangguk perlahan.

“Ya, aku juga manusia biasa, aku ada hati dan perasaan, tapi aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa, demi satu amanah aku harus menelannya, demi satu amanah aku harus terus bersabar….”

Amanah? Amanah siapa yang di genggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?

Lupakah Mia Adriana, hidup ini bagaikan putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.

Teman Membaca