CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

PEMINAT NOVEL

Wednesday 14 March 2012

Sinopsis SayangKu Merajuk

Novel karya Ayu Emelda....Novel nya ada tapi lum sempat baca sepenuhnya...


 
Harga SM :RM 21 

SINOPSIS

BULAN MADU Aireen hanya bertahan seketika apabila ijab dan kabul seakan-akan termeterai tiga bulan. Akhirnya, lima tahun dia ditinggalkan dalam gerhana. Wanita mana tak meradang... hati mana yang tak sengsara?

Pertemuan semula terjadi tanpa diduga. Shahir kembali demi memburu sekeping hati sedingin iceberg! Sayangnya, pujukan itu hanya dipandang sepi. Langsung tiada erti!

Dendam Aireen bukan satu mainan. Dia tegar mengalihkan cinta pada lelaki lain. Biar Shahir merana... biar padan dengan muka dia!

Bagi Shahir pula, cintanya terhadap Aireen adalah yang pertama dan terakhir. Walaupun rajuk isterinya panjang berjela, dia tidak mungkin sesekali mengalah! 

Mungkinkah kesabaran sebagai seorang suami akan kecundang jua akhirnya? 





Sinopsis Novel Cinta Perisa Dia

Kat sini nak kongsi sikit tentang novel ni....baru je beli lum baca lagi....tapi menurut kawan-kawan yang sudahmembacanya ceritanya best....nak wat review lum baca lagi,tapi apa kata layan sinopsis nya dulu.


 
SINOPSIS

Cinta itu mana boleh dipaksa. Ditolak, pasti jatuh. Dibuang, pasti sakit. Bagi Hadif Imran, cinta boleh ditangguh sehingga satu detik yang pasti. Dia sudah dewasa, biar dia yang menentukannya. Perisa vanila, coklat atau strawberi…itu haknya.

Bagi bonda, dia mahu menantu. Bonda impikan cinta berperisa iman, bersalut takwa dan dihiasi kasih sayang untuk anaknya. Hadif jadi risau bila bonda sudah naik angin! Bagaimana kalau yang dipilih bonda berwajah ratu, berlesung pipit tetapi sengau? Atau pandai mengaji, mahir memasak tetapi rongak giginya. Hadif buntu, bonda naik hantu! Cinta berperisa apa agaknya di akhir cerita?

​Rancangan Uji Bakat Menantu bonda rancangkan bersama TV9. Hadif resah dan kecut perut melihat calon menantu bonda. Ada yang terlebih manja, ada yang garang menggoda dan ada yang merbahaya untuk dimiliki! Ketar di kaki dilindungi dengan senyuman. Bonda merencana, Hadif susun strategi. Namun kalau dah cinta...jodoh datang juga tanpa dipaksa

Teman Membaca