CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

PEMINAT NOVEL

Thursday, 15 March 2012

Sinopsis Dan Review Pabila Cinta Memanggilku

 

SINOPSIS

Yang Ayesha, seorang perempuan yang cukup sempoi. Di dalam hidupnya hanya ada abah, ibu, yop, dan abang ngah termasuk kawan2 di kedai bunga milik Encik Saadan. Tidak pernah terniat di dalam hatinya untuk jatuh cinta sehingga bertemu Adam Harith.
Yang Ayesha: "Adam bukan saingan,ini bukan medan untuk bersaing, hadiah trofinya bukan saya. Saya tak mahulah sebab saya, adik beradik bergaduh. Kalau saya tau macam ni dari awal, saya tak dekat dengan sesiapa pun Adam atau awak."

Adam Harith seorang lelaki yang bercita-cita tinggi dan mempunyai wawasan. Tidak mahu terlalu bergantung kepada keluarga. Namun dia sering merasa tersisih dari keluarganya terutama daddynya, Datuk Zakuan sehinggalah dia berkenalan dengan Yang Ayesha. Namun tanpa disedari, abangnya sendiri, Amirul Irfan juga meminati perempuan yang sama.

Adam Harith : "Nak ajak kahwin saja pun susah, macam mana nak menentang makhluk macam ni? Atau awak sayang Irfan lagi dari saya? Awak suka semua ini berlaku, Yang? Dua orang serentak menyayangi awak?"

Amirul Irfan seorang lelaki yang tegas dan goal-oriented. Setia pada cinta dan sanggup melakukan apa sahaja untuk dapatkan cinta terutama cinta Yang Ayesha walaupun cinta itu bukan miliknya.
Amirul Irfan : "Awak ni memang degil lah Sya, tapi tak apa, kalau Adam boleh buat awak jatuh cinta, saya pun boleh juga. Kita tengok nanti...”

Antara Adam Harith dan Amirul Irfan? Siapakah yang menjadi pilihan hati Yang Ayesha?



REVIEW

h0h0h0.... Selepas membaca karya pertama Syamnuriezmil, kini ke karya kedua beliau pula. Pabila Cinta Memanggilku... 
Yang Ayesha telah bekerja selama 4 tahun sebagai penggubah bunga di kedai bunga milik Encik Saadan. Walaupun Yang Ayesha mempunyai segulung ijazah, tetapi dia tetap selesa bekerja di kedai bunga itu. Itu pun abahnya telah berkali2 menyuruhnya mencari pekerjaan yang lebih tetap. Yang Ayesha mempunya 3 orang adik beradik termasuk dia. Dia anak bongsu selepas Yong Ayham dan Yong Ayman atau dipanggil dengan panggilan Yop dan abang ngah. chop..chop..chop.. ni bukan cite pasal biodata Yang k...haha

ok2... cite nye macam ni... Adam dan Yang tidak pernah bertemu sehinggalah pembelian bunga gubahan Yang dibeli oleh Adam. Adam sangat suka dengan gubahan2 Yang. memang cantik. mcm orgnye..hehe. "Cik Bunga" tu panggilan Adam untuk Yang sbb x tau nama.. Gubahan bunga tu pun sebab Adam buat perasmian butik dia, hah Adam tu seorang pereka fesyen tau... hebat tak... Masa Adam nak ambil bunga gubahan tu, die ada jemput Yang ke majlis perasmian, yelah butik si Adam ni sebelah je dgn kedai Encik Saadan tu. 

Yang Ayesha atau dipanggil Yang. Panggilan "Yang" tu hanya tuk orang yang die sayang n kenal je. contohnye family n ahli kedai bunga tempat die bekerja. so malam tu, time majlis perasmian dah tamat, kedai bunga pun nk tutup, Yang pun nak balik... so terserempak lah dengan Adam. Adam tanye kenapa tak datang majlis perasmian tu. Adam sebenonye memang dah 'syok' dah dgn si Yang ni sejak pertama kali pandang, almaklumlah cinta pandang pertama la katekan. tapi perasaan tu terus kecewa selepas Adam ingatkan Yang dah berpunya. sebab ape, sebab Abag Meon panggil 'Yang'..so Adam ingat Abang Meon tu boyfriend Yang.. huhu

ok la, kita pendekkan cite... buat plot je..... lepas satu keadaaan ke satu keadaan telah membuatkan hubungan mereka lebih akrab. sampai family Yang pun dh 'best' denagn si Adam ni.. mane taknye, time Yop nak kawen, Adam yang jadi pereka baju pengantin untuk yop ngan makwenye.. hehe
abah Yang yang tegas pun boleh "cair" dengan Adam.... percaye je 200%(haha..lorat nau).. padahal abah punya lah susah nk percaya kan orang... eh.............. panjang la nk cerita... baca sendiri k...
Adam pandai main gitar tau.... nanti dah nk last , Adam nk pujuk Yang kan, die main gitar nyanyi lagu 'Lelaki ini' walaupun Adam tak minat dgn Anuar Zain sebab jelous Yang suka dgn Anuar Zain...haha.. how sweet...?? 
memang sweet korang.......adoaii... takleh nk cite lah.... susah... korang yang belum baca.... saye sarankan BACALAH... best giler.... tak nyesal lah kalau baca..... huhu BEST..BEST..BEST...  korang akan jatuh cinta punya dengan Adam Harith..... hehehahah0h0.......
biasalah... novel Syamnuriezmil memang akan sentiasa membuat korang tersenyum..

No comments:

Post a Comment

Teman Membaca