CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

PEMINAT NOVEL

Friday, 29 March 2013

Review : The Weeding Breaker

Kisah Ariana Rosse dan Tengku Adam Kamil.......
Kalo baca nvel ni mesti tak nak berhenti sebab ingin mengetahui kisah seterusnya dan seterusnya dan seterusnya hingga lah tamat....mmg Thumb up lah pada penulisnya...





                         The Wedding Breaker (TWB), tajuk je dah gempak apatah lagi jalan ceritanya. Saya suka Cerita ini.Watak Hero yang mulanya terpesong jauh dari agama,namun disebabkan beberapa kejadian dia berubah menjadi seorang yang betul-betul mengenali islam....erti kata lain dari hitam menjadi putih....Dalam novel ni jugak terdapat banyak hadis yang diselitkan. Novel ni lari dari kahwin paksa bagai ye....sebab dua-dua kahwin pun sebab ikut pilihan keluarga...(Walaupun masa tu Adam tak thu siapa bakal isterinya, tapi dia thu jugak sebelum perkahwinan mereka berlangsung, berlainan pulak dengan Ariana Rose yang reda dan terima apa saja perwatakan bakal suaminya...Ariana mengetahui sapa suaminya yang sebenar setelah meraka telah di ijab kabulkan.).
                         Lepas berkahwin Ariana dapat lihat perubahan yang besar pada diri Adam, Adam bukan lah Adam yang dulu yang di kenal tapi Sekarang di mengenali seorang Adam yang baru yang bergelar suaminya. Suami yang taat pada perintah agama, suami yang tersangat romantik pada isteri itulah diri TENGKU ADAM KAMIL selepas di ijab kabul dengan ARIANA ROSE...Ending cerita ni of course lah Happy ending kan....Tengku Adam Kamil dan Ariana Rose dikurniakan 3 hero iaitu Asyraf, Aqeel n Afzal...

*Banyak lagi kisahnya sebenarnya tpi tak tahu mcm mana nak cerita.So siapa-siapa yang belum baca baik dapat kan segera di kedai Popular ye...(Sekarang ada diskaun 20% untuk novel di kedai popular)...Cepat2 beli ye....=)



"Satu aje kesalahan awak, Ariana....... Awak dah curi hati saya"-Tengku Adam Kamil

"Saya memohon maaf kerana menggangu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam Kamil, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar......."- Ariana Rose.





No comments:

Post a Comment

Teman Membaca