CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

PEMINAT NOVEL

Friday 2 December 2016

KENAPA 6 BLOG/WEBSITE INI BERGUNA UNTUK ANDA?


Image result for web dan blog


Assalamualaikum semua…..kat sini saya nak kongsikan tentang beberapa maklumat tentang web atau blog serta beberapa blog/website yang berguna untuk kita semua, tapi sebelum tu kita mestilah tahu Apa itu blog? Pernah dengar tetapi tidak mengetahuinya? Mari, saya terangkan. Blog merupakan satu aplikasi web, dimana ianya boleh digunakan sekiranya anda mempunyai sambungan internet (data atau wifi).
Pyra Labs, pernah dengar nama ni?Mesti tidak kan?Siapa dia? Ini jawapannya, Pyra Labs adalah pemilik blogger.com yang pertama dan ianya diperluaskan sehingga ke hari ini. Dengan kewujudan blog-blog ini, banyak aplikasi yang bersifat open source dihasilkan. Blog bukan sahaja bersifat penulisan malah ianya menjadi salah satu media sosial yang membantu pengguna dalam setiap sesuatu ‘carian’, terutamanya dalam era dunia tanpa sepadan ini.
Selain itu, blog berfungsi sebagai media perantara mereka yang ingin menyampaikan sesuatu kepada dunia luar. Hal ini kerana, dengan hamya satu ‘klik’ sahaja, maklumat telah terpampar di skrin komputert atau laptop, telefon pintar dan sebagainya.
Okay dekat sini ada ENAM blog atau website yang sangat berguna untuk anda diluar sana yang hendak saya ketengahkan. Enam blog atau website ini juga dapat memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan. Senarai blog atau website tersebut ialah :-

Lebih 10 ribu jawatan kosong yang disediakan melalui goverment.my ini, terutamanya kepada sesiapa yang ingin mencari pekerjaan. Blog atau website ini memeberi peluang dan ruang pekerjaan yang baru kepada mereka diluar sana. Selain itu, blog atau website ini sering mengemaskini info-info semasa dan mengiklankan jawatan kosong sekiranya terdapat kekosongan.

 Related image



Laman web seperti jawatankosongkerajaan.com bersesuaian untuk mereka yang ingin bekerja dibawah sektor kerajaan. Hal ini, kerana banyak manfaat yang disediakan bagi mereka yang bekerja di bawak sektor kerajaan ini, antaranya ialah peluang untuk naik pangkat dengan gaji yang sangat lumayan , kemudahan loan pasti akan diluluskan dengan mudah dan sebagainya. Namun begitu, bukan mudah untuk dapat bekerja di sektor kerajaan ini, pelbagai ujian dan interview harus di tempuh sebelum diluluskan.


Laman web kerjakosong.com ini merupakan perantara antara majikan yang ingin mencari pekerja. Pihak majikan, akan mengiklankan terus kepada mereka yang berminat. Laman web ini amat bersesuaian untuk mencari pekerja oleh majikan atau sebaliknya. Kemas kini akan dilakukan sekerap mungkin didalam laman web seperti ini.


Image result for saps ibu bapa


Pernah dengar SAPS? Apa itu SAPS?.Okay jom kita baca penarangan dan jawpannya.
SAPS atau nama penuhnya ialah Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah, Ianya berfungsi untuk menyimpan, menganalisis data peperiksaan dalam setiap sekolah di Malaysia. Data- data yang disimpan dalam aplikasi ini boleh menjadi rujukan terutamanya KPM dan pihak sekolah untuk di analisis dan mengenal pasti kelemahan supaya dapat diperbaiki daripada tahun ke tahun. Kejap, ada lagi fungsi ini juga boleh digunakan ibubapa bagi menyemak keputusan peperiksaan anak mereka, dengan mengunakan nombor kad pengenalan murid sebagai kata laluannya.

 Image result for apdm


5. APDM
Haa…apa pula APDM ni ye..okay ini sesuai untuk cikgu-cikgu disekolah. Satu aplikasi secara online untuk menyimpan segala maklumat berkaitan dengan murid. Kehadiran setiap murid setiap hari ke sekolah juga diisi mengunakan aplikasi ini. Namun begitu, kehadiran murid jugak harus ditanda di dalam buku kehadiran seperti biasa. Opppss lupa APDM itu singkatan kepada Aplikasi Pangkalan Data Murid ye…hehehe.

Image result for hrmis2


6. Hrmis2
Satu aplikasi khas untuk mereka yang bekerja. Sistem aplikasi ini merangkumi aspek dalam pengurusan sumber manusia. Pendekatan ini masih baru, tetapi mampu menguruskan bahagian sumber manusia untul jadi lebih komprehensif bagi mengatasi masalah pengerusan dalam sektor awam. Sama dengan mana-mana aplikasi di dalam dunia ini, Hrmis juga dilaksankan secara berperingkat mengikut standart yang ditetapkan. Peringkat yang pertama iaitu permulaan iaitu penyediaan data asas penjawatan, pengisian dan berikutnya.

Macam mana faham tak..mesti faham kan…hehe..semua laman web dan blog diatas sangat-sangat lah berguna untuk kita semua. Untuk mereka yang masih mencari pekerjaan apalagi terus masuk laman web Jawatan kosong, jawatan kosong kerajaan dan kerja kosong. Bagi ibu bapa jangan bimbang kalau anak tak bagi tunjuk keputusan..Saps kan ada. Buat guru lebih mudah dengan wujudnya APDM kan…Haaa tengok berguna kan untuk semua orang…Ok sampai sini dulu ya entri kali ini. Jangan lupa tekan button share ya…hehe

No comments:

Post a Comment

Teman Membaca