CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

PEMINAT NOVEL

Wednesday 1 May 2013

Sinopsis Dan Review : Bukan Kerana Aku Tak Cinta



Ok sekarang nak review novel BUKAN KERANA AKU TAK CINTA by E-Man Sufi…oh haaaa…ni novel ke-3 beliau selepas Suami Yang kubenci (SYK), Hikayat Cinta Si Permata Hati (HCSPH)….Kalau SYK kita dihidangkan dengan pasangan romantik antara Uwais Ukasyah dengan Hannah Maryam dan HCSPH pula kita dijamu dengan percintaan antara Wafeen Wardah dan Rayyan Raiqal..Namun dalam novel BKATC pula berkisar tentang JEBAT dan MASTURA (adik kepada Hannah Maryam)…..hehhehe tiga-tiga novel ni memang gempak tau rugi siapa yang tak baca….


Semenanjung : RM24
Sabah/Sarawak : RM27

SINOPSIS
“Kalau aku suruh kau terjun dalam kolam tu, kau nak terjun?”
“Untuk buktikan cinta Mas kat abang… terjun kolam pun Mas sanggup. Okey! Mas terjun! Tapi untuk pengetahuan abang... Mas tak tahu berenang!”
“Mastura!!!!!!!” 
JEBAT. Seorang lelaki yang katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina dari jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya.
Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati telah menarik perhatian Mastura, adik ipar kepada majikannya Uwais. Pelbagai cara digunakan oleh gadis itu untuk menarik perhatiannya hingga Jebat naik rimas dan lemas. Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak juga berputus asa. Dia tidak pernah menyangka gadis cantik,kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang tidak begitu tampan kerana mempunyai parut di bahagian matanya. Mereka umpama The Beauty and The Beast.
“Kau tak malu ke nak bersuamikan lelaki yang tak ada apa-apa?”
“Nak malu apa? Bagi Mas, abanglah yang paling handsome. Bagus juga parut tu… Tak adalah perempuan lain nak rebut abang daripada Mas, kan? Biar Mas sorang aja yang tahu menilai betapa kacaknya abang di pandangan Mas.”
Namun mampukah rumah tangga yang dibina bertahan?
Masih adakah cinta dan kesetiaan dalam hati Mastura apabila mengetahui rahsia sebenar yang Jebat ialah  bekas ketua kumpulan gengster!
Sementelah pula lelaki dengan sejarah hitam sebegitu bukanlah suami impiannya.
REVIEW
Kisah Mastura yang tergila-gilakan Si Jebat yang juga merupakan pekerja abang iparnya iaitu Uwais…Pelbagai cara digunakan untuk Mastura ni pikat Jebat tau (kalo nak tahu beli dan baca ok, paling tak boleh blah Mastura sanggup terjun kolam semata-mata nak buktikan kepada Jebat yang dia betul-betul cintakan Jebat)…huhuhuhu…namun Jebat langsung tidak tertarik pada Mastura pada awal nya kerana Jebat sedar siapa dirinya sebenar…(Ok Jebat ni dulu Ketua Gengstar tau sebab tu lah dia ni tolak terus cinta Mastura dan hanya Uwais, Wahab dan Ustaz Hafiz je yang tahu kisah silam Jebat ni) ,Tapi lama-lama Fall in love juga dekat Mastura…hahahaha….Dalam novel ni muncul watak baru iaitu Aryan (Cif Insp. kerek) aka adik kepada Fawaz sepupu dia lah kiranya). Keadaan jadi haru-biru apabila  Tok Ayah mahu  Mastura berkahwin dengan Aryan namun Mastura tidak bersetuju dengan cadangan Tok Ayahnya itu, sebab Mastura kata di akan kahwin tetapi hanya dengan abang Jebat saja. Haaaa kat sini lah bermulanya  Mastura lancarkan mogok lapar sampai pengsan sebab tak nak kahwin dengan Si Aryan sampai masuk hospital tau…..ok dipendekan cerita dengan bantuan kakak Mastura iaitu Hannah dan jugak Uwais akhirnya Tok Ayah bersetuju untuk nikahkan Mastura dengan Jebat….

                Kehadiran sepupu-sepupu Jebat, Tiger (Eric Foo), Airen (Damia) pada waktu majlis perkahwinan Jebat mendatangkan kegelisahan di hati Jebat,pelbagai persoalan yang bermain dalam fikiran Jebat….(Masa ni Jebat rasa tak senang duduk kalau Mastura dekat dengan Airen,sampai nak berborak pun Si Jebat tak kasi)…sampaikan keesokan harinya  Jebat buat keputusan untuk bawa Mastura tinggal di Kotej supaya jauh dari Tiger dan Airen………

                Tak habis kes dengan sepupu-sepupunya( Tiger dan Airen) dia terpaksa pula berdepan dengan cif insp. Kerek pulak siapa lagi kalau bukan Aryan yang tak berpuas hati dengan Jebat (habis semua latar belakang si Jebat dia siasat sampai semua asset dalam dan luar negara milik Jebat dia tahu…)...Ok kita  skip sikit…hehehehehehe….Jebat berterus-terang dengan Mastura Siapa diri dia yang sebenar….masa silam dia…semuanya dia cerita sebab tak nak Mastura tahu dari mulut orang lain…(Masa ni kesian Jebat Mastura buat ignore je kat dia…lama gak lah si Mastura ni merajuk dengan Jebat…hingga Jebat bawak Mastura pergi Dragon Villa.....(Kat sana Jebat kenalkan family dia, uncle dia yang besarkan dia Datuk Kwan, Uncle Bujang)…Kalau nak tahu kisahnya dapatkan novel ni ok…Selepas pulang daripada Dragon Villa Jebat ditangkap polis….(kalau nak tahu sebab apa Jebat kena tangkap kena baca lah kan…..

                Ending cerita ni memang suspend giler…serius , Jebat……….tapi…………(ok akan terjawab jika anda sendiri yang membacanya nanti…)…Ok Stop review….Kalau cerita banyak-banyak kang tak da kejutan….huhuhuhu..Sebenarnya banyak kisah-kisah yang best macam part Mak Cik Sari…haaa tu pasti gelaknya lah…

*Dalam novel akan terjawab semua persoalan seperti siapa yang selamatkan Hannah dan mayat ibubapa Hannah semasa excident berbelas tahun dulu…juga terjawab siapa yang menganaiya Hannah sampai jatuh bilik air….


p/s :Novel ni memang Tip Top lah tak rugi kalo anda memilikinya….10/10 tau kita kasi bintang….OK waiting next novel dari E-Man Sufi….novel ke-4 pulak yeee…..hihihihi
   

4 comments:

  1. salam....last citer ni...jebat kna tembak kn...dia meninggal ker.....

    ReplyDelete
  2. Yup jebat kena tembak tpi x mati...airen giler dia ingat jebat dah mati...

    ReplyDelete
  3. Mane boleh tgk online??? Help me!

    ReplyDelete
  4. Masuk blog kepalabergetar.blogspot.com...

    ReplyDelete

Teman Membaca